Urusetia Belia dan Sukan Kerajaan Negeri Kedah akan menghantar kontinjen untuk menyertai Temasya Sukan Kelantan 2009 pada 13&14 Nov 2009. Kontinjen akan bertolak petang ini dengan sebuah bas seramai 40 orang pemain dan pegawai kontinjen.
Temasya Sukan Kelantan di dianjurkan oleh Urusetia Belia, Sukan, Pembangunan Insan dan NGO Kerajaan Negeri Kelantan. Temasya sukan akan akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke IV , Kota Bharu dan beberaoa venue lain seperti Padang Perdana dan lain-lain.
Kontinjen Kedah di ketuai oleh Ust Musoddak Hj Ahmad, Pengarah Urusetia Belia, Sukan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kerajaan Negeri Kedah.Sementara Timbalan Ketua Kontinjen, Ust Mohd Rosli Azmi, Timbalan Pengarah urusetia Belia.
Kontinjen Kedah akan mengambil bahagian di 5 acara sukan yang dipertandinga antaranya Bola sepak 5 sebelah, Bola tampar, ping pong, badminton dan Takraw.
Jumaat, 13 November 2009
URUSETIA BELIA DAN SUKAN KERAJAAN NEGERI KEDAH HANTAR KONTINJEN KE TEMASYA SUKAN KELANTAN 2009
Jumaat, November 13, 2009
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
No comments
0 komentar:
Catat Ulasan