Rabu, 22 April 2009

Jangan meminta jawatan - Ustaz Azizan

Izwan Abdul Halim
Wed | Apr 22, 09 | 9:32:57 am MYT

ALOR SETAR, 22 April (Hrkh) - "Rasulullah s.a.w. pernah mengingatkan seorang sahabat bernama Abdul Rahman bin Samrah agar tidak meminta-minta jawatan kerana seorang peminta jawatan tidak akan mendapat pertolongan orang lain, tetapi orang yang tidak meminta jawatan pasti akan ditolong orang lain.


"Oleh itu, seseorang tidak perlu berkempen untuk meminta dirinya dicalonkan sebaliknya menyerahkan kepada sidang perwakilan menentukan perkara tersebut,"demikian intipati nasihat yang diungkapkan Menteri Besar yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak sebagai mengulas pertanyaan pihak media berhubung pemilihan pucuk pimpinan PAS Pusat pada Muktamar PAS Pusat, Jun akan datang.

Menurutnya, tradisi pemilihan dalam PAS adalah untuk memilih mereka yang akan memberi sumbangan kepada kedudukan dan kemantapan parti.

"Mungkin kita hendak beri kita punya sumbangan dari segi idea dan gerakerja. Jika ahli nampak orang itu lebih layak, biarlah ahli memutuskan. Yang penting calon itu tak payah sibuklah minta orang pilih dia, saya yang itu saja tidak setuju.

"Pergi kempen pilih saya, pilih dia, tak payahlah. Kalau dia layak, dia tak minta pun orang akan pilih dia. Kalau dia tak layak, kalau dia minta pun orang tak pilih dia.

"Dalam Islam ini, Nabi pernah kata kepada seorang sahabat bernama Abdul Rahman bin Samrah; 'Jangan minta jawatan, kalau kamu minta kamu diberi, orang tak akan tolong - kerana kamu minta sangat, tetapi kalau kamu diberi jawatan tanpa kamu minta, orang akan tolong.

"Jadi tengoklah macam berlaku dalam Umno, mula-mula pakat minta lepas itu sampai ke politik wang. Bila politik wang berlakulah tidak malu lagi, dua hari nak buat pemilihan pun kena hukum tatatertib. Bukan calang-calang orang, orang yang taraf menteri dan sebagainya. Jadi budaya-budaya ini saya fikir tak patutlah bawa dalam PAS. Tak boleh ikut hal-hal seperti itu," katanya menitipkan nasihat.

Terdahulu, beliau menjawab pertanyaan media berhubung terdapatnya desas-desus untuk pertandingan jawatan Presiden PAS dan pendirian PAS Kedah terhadap Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Katanya, PAS Kedah dari dulu hingga sekarang akan tetap memberi sokongan kepada Hadi.

"Kita kalau nak tukar (misalnya) macam kereta, kalaulah kereta itu rosak, kereta buruk. Ini kereta tu baru, tak rosak, nak tukar buat apa? Kita Kedah memang macam biasa, perlulah bersedia, kita akan sokong Haji Hadi dan kalau ada orang lain nak lawan, biar dialah. Itu hak dia nak lawan.

"Haji Hadi pun bersedia untuk lawan siapa hendak lawan dia, itu keterbukaan kita dan kita tidak kempen orang jangan lawan Ustaz Hadi, lawanlah siapa hendak lawan," tegasnya pada sidang medianya selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Asrama Puteri Baru Madrasah At-Taklimiah Al-Khairiah, Kampung Tok Keling, di sini semalam.

Ditanya calon sesuai untuk jawatan tersebut, beliau berkata: "Saya tiada idea. Saya tidak tahu. Calon ini mungkin, dia dua saja, satu orang ramai fikir dia calon sesuai. Yang kedua dia sendiri berasa dia sesuai, macam calon-calon Bebas di Bukit Selambau, semua kata sesuai jadi calon. Tapi akhirnya lawan kalah juga hilang deposit semua."

Diminta kenyataan beliau kemungkinan mempunyai hasrat untuk bertanding, Ustaz Azizan menegaskan bahawa perkara itu terserah kepada pencalonan.

"Tengoklah keadaan apa orang nak calon kepada saya, saya tak tahu. Memang selama ini saya tidak lawan, saya menang lama dah, tapi AJK PAS Pusatlah. Terpulang kalau orang cadang, kalau orang tak cadang nak lawan apa? Kita bukan nak pergi kempen," jawabnya menyebabkan sidang media itu gamat dengan gelak ketawa. - azm/mks. _

1 komentar:

Tanpa Nama berkata...

Salam...

Penyakit yg dahulunya selalu pimpinan-pimpinan PAS berkata kepada pimpinan UMNO kini nampaknya menular didalam jemaah ISLAM.Penyakit yg datang bila memperolehi kemenangan.Dimana tarbiah 50tahun PAS ditubuhkan ?
Ustaz pon nampak macam gila kuasa di Kedah la ni.

Org SP Teropong

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons