Isnin, 30 Jun 2008

Kontijen Pasti meriahkan sambutan Tahun Melawat Kelantan

Kontijen Pasti meriahkan sambutan Tahun Melawat Kelantan

Salmah Mat Husain
Sun | Jun 29, 08 | 7:26:12 pm MYT

KOTA BHARU, 29 Jun (Hrkh) - Seramai 600 anak-anak Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (Pasti) dari seluruh negara berkampung di sini sejak Jumaat lalu bagi menyertai Sukan Pasti Malaysia.

Kanak-kanak Pasti yang menyertai sukan tahunan itu termasuk datang dari Sabah dan Sarawak. Program itu diadakan di Padang Perdana Kota Bharu selama dua hari.

Acara yang pertandingkan iaitu bola jaring dan bola sepak. Kelantan diberi penghormatan dua tahun berturut-turut sebagai tuan rumah sukan tersebut. Bagaimanapun tahun hadapan Selangor pula dipilih sebagai tuan rumah.

Image Pada pertandingan yang diadakan, Kelantan muncul johan keseluruhan.

Program itu dirasmikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman. Hadir sama Pengarah Pasti Negeri, Mohd Zaki Ibrahim.

Abdul Latif berkata, pihak pengurusan Pasti perlu merangka pelan tindakan yang lebih baik dan terancang bagi menarik lebih banyak sokongan masyarakat terhadap kelas prapendidikan itu.

�Walaupun Pasti telah mendapat pengiktirafan masyarakat pelbagai kaum sejak ia ditubuhkan hampir 25 tahun lalu, namun sesuatu yang lebih menarik perlu dirangka bagi menaikkan lagi imejnya.

�Melalui gerak kerja itu membolehkan masyarakat tertarik dengan Pasti dan menghantar anak-anak mereka untuk belajar,� ujarnya yang juga Adun Mengkebang.

Beliau juga merakam ucapan tahniah kepada Pasti kerana berjaya mendapat kepercayaan masyarakat bukan Islam antaranya Cina, India dan Iban menghantar anak-anak mereka belajar di kelas Pasti.Image

Oleh itu katanya, Pasti perlu berusaha lebih kuat lagi bagi menarik lebih sokongan masyarakat terbabit termasuk juga di kalangan penyokong Umno dan Barisan Nasional (BN).

�Kita perlu ingat, Pasti bukan medan untuk berpolitik, tetapi untuk mendidik generasi yang berakhlak bermula sejak awal lagi,� ujarnya.

Pengarah Pasti Pusat, Azrin Abdul Majid berkata, sambutan Hari Guru dan Pesta Sukan Pasti diadakan di Kelantan tahun ini sebagai sokongan kepada program Tahun Melawat Kelantan 2008.

Katanya, kontijen pasukan Pasti yang datang ke Kelantan bagi menyertai program ini merupakan sebahagian pelancong.

Selain itu katanya, kedatangan ke negeri ini diharap dapat mengutip pelbagai ilmu memandangkan Kelantan dikenali sebagai universiti politik terbuka. - mj _

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons