Oleh YB Dr Mohd Hayati
Ana tak mau kata apalah pasal polis report Saiful dan akuan besumpah Bala tu. Cuma biar kita serahkan kepada polis buat siasatan dan buat keputusan. Cuma yang jadi masalahnya adalah ketua polis dan peguam negara pun dah kena dibuat report polis terhadap mereka, buat kelentong masa kes 10 tahun dulu, alah masa sibuk usung tilam tu la. Sapa yang tak kenal yang usung tilam tu.
Masa Dr M jadi PM la. Harap PM yang la ni tegas sikit suruh polis siasat tengok kedua-dua suasana ini, jangan bila yang RPK buat kata tak betul dan perlu masuk tong sampah, yang Saiful buat kata polis perlu siasat sampai keakar umbi dan yang bala buat kata semua fitnah. Itulah sebabnya Islam dah sebut awal-awal ni dalam surah annur ayat 4, sesiapa yang tuduh tanpa 4 saksi yang nampak macam alu masuk dalam lesong tu, kena hukuman qazaf yakni 80 rotan, kalau tak tunggulah balasan Allah di akhirat kelak.
2 komentar:
SALAM,
DR. HAYATI, SEJARAH ADALAH SUATU PERISTIWA MASA LAMPAU YANG MEMPUNYAI CATATAN/SUMBER MAKA JADIKAN FAKTA BAGI PERISTIWA TERSEBUT UNTUK DIJADIKAN SEBAGAI SEJARAH.
SEJARAH TIDAK BERULANG, CUMA WATAK DAN PERJALANAN CERITA MUNGKIN SAMA.
SEPERTI SAYA MENGALAMI DEMAM, SAYA MUNGKIN TERKENA VIRUS YANG BERLAINAN PADA SETIAP KALI MENGALAMI DEMAN. TETAPI KESIMPULANYA SAYA TETAP DEMAM.
LUPAKAN BAB ITU, BERBALIK KITA PADA SENARIO POLITIK. UMUMNYA MALAYSIA DAN KHASNYA KEDAH.
SENARIO POLITIK MALAYSIA.
TOK GURU NIK AZIZ ADALAH PEMIMPIN DI NEGARA MALAYSIA YANG PATUT PARA PEMIMPIN/MENTERI LAIN DI NEGARA INI CONTOHI.INSYAALAH SELAMAT MALAYSIA.
SENARIO POLITIK KEDAH.
PRU KE 10 TAHUN 99,MASIH SEGAR DALAM INGATAN. PENDANG. PAS DI KEDAH KALAH. BN/UMNO MENANG, SUASANA KEDAI KOPI RANCAK DENGAN CERITA2 PENYOKONG UMNO. ORANG PAS SEGAN TUNJUK MUKA. MAJLIS KENDURI KAHWIN ORANG PAS TERPINGGIR,MELAYU PAS "LOW STANDARD" COMPARE TO UMNO MELAYU. PRU KE 11 TAHUN 04, BN/UMNO SAPU BERSIH KONONNYA PAK LAH CLEAN PERSON TIME TU. ORANG PAS JALAN TUNDUK MUKA, TAK PANDANG KIRI KANAN. CUMA MAJU KEHADAPAN.ORANG PAS TAK ADA STANDARD. HAKIKATNYA HARI INI "MELAYU MUDAH LUPA" SUDAH SEDAR. ALHAMDULILLAH, SYUKUR KEPADA ALLAH S.W.A.
PENGALAMAN MENDEWASAKAN KITA, SAYA TIDAK TAHU APA ITU PAS,SEJAK BANGKU SEKOLAH AYAH SAYA SENTIASA MEMBAWA SAYA PERGI KE TEMPAT CERAMAH PAS SEKITAR NEGERI KEDAH. SAYA TIDAK TAHU APA ITU POLITIK. SAYA PERNAH BERGADUH DI SEKOLAH ATAS DASAR FAHAMAN POITIK. MINAT SAYA PADA POLITIK DI ASAH OLEH AYAH SAYA. SEHINGGALAH TAHUN 99 SAYA DILANTIK MENJADI KETUA PEMUDA PAS CAWANGAN.
TAMPARAN YANG HEBAT SAYA PEROLEHI DALAM ARENA POLITIK KAMPUNG.PERNAH DICERCA, DICACI DAN DIPULAUKAN OLEH ORANG KAMPUNG.SUATU KETIKA TAHUN 99, SEWAKTU CERAMAH PAS DIADAKAN DALAM KAWASAN HALAMAN RUMAH AYAH SAYA UNTUK KEMPEN PILIHANRAYA 99, KAMI SEKELUARGA DI PULAUKAN ORANG KAMPUNG.
SAYA DIBERHENTIAN KERJA DISEBUAH SYARIKAT SWASTA ATAS ALASAN PENYOKONG PAS. KONONNYA KERAJAAN SUKAR MEMBERI KONTRAK KERJA KEPADA SYARIKAT YANG MEMPUNYAI PENYOKONG PEMBANGKANG PADA MASA ITU.
AKHIRNYA SAYA BERHIJRAH KE NEGERI JIRAN MENCARI REZEKI YANG HALAL.TARIKH 13MARCH 2008.SAYA PULANG KE KAMPUNG MENGUNDI, ALANGKAH TERKEJUT MELIHAT SENARIO BARU POLITIK. DULU MASA SAYA JAGA PONDOK PANAS, 2-3 ORANG PAKCIK MAKCIK PAS YANG DATANG SEMAK DAFTAR SALURAN.SEKARANG SIAM, CINA INDIA,PUN SUPPORT PONDOK PANAS PAS. DULU KITA TENGOK AJE PONDOK PANAS UMNO DISAJIKAN DENGAN MAKANAN ENAK2. TERLIUR ORANG PAS KAT PONDOK PANAS TENGOK GENG UMNO DAPAT SPONSER MAKANAN. KITA ORANG PAS TAK SAPA NAK PUN SPONSER. JANGAN KATA MAKANAN, AIR SEJUK PUN TAK ADA. TAPI KITA SEMANGAT ORANG PAS BUKAN NAK TENGOK SEMUA TU, NAK BANDING DENGAN ZAMAN NABI DULU. PERJUANGAN MANA TAK ADA PERIT.
MASA PRU12 HARI TU SEDARLAH SAYA SEMANGAT KITA ADA PENGHUBUNG/PENGGANTI. MENITIS AIRMATA BILA DAPAT TAU PAS MENANG DI KEDAH. AYAH SAYA BERKATA, INILAH SAAT TERBAYARNYA SEMANGAT PERJUANGAN BELIAU SEBAGAI PENGOKONG PAS SELAMA INI.PERIT GETIR PERGI CERAMAH PAS, KENA HUJAN, GAS PEMEDIH MATA, KENA SIMBAH,DAN MACAM2 LAGI.
SALAM
Catat Ulasan