Memaparkan catatan dengan label hari guru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hari guru. Papar semua catatan

Jumaat, 14 Mei 2010

SELAMAT HARI GURU

Assalamualaikum wrt. wbh.

Menjelang 16 Mei 2010 yang merupakan Sambutan Hari Guru di Malaysia. Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh guru di Malaysia Umumnya dan Negeri Kedah Khususnya.Lebih-lebih lagi kepada guru sekolah Agama Rakyat yang berkorban untuk mendidik anak bangsa menjadi insan mulia yang taat dan patuh kepada perintah Allah. Semoga semua guru dapat terus berkhidmat dengan cemerlang mendidik pelajar kearah kecemerlangan di dunia dan akhirat.

Selamat Gari Guru


Ikhlas dari,

Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Selasa, 20 Mei 2008

SAMBUTAN HARI GURU PAS KEDAH DISAMBUT MERIAH

Seri Mentaloon , Alor Star- 17 Mei 2008

Sambutan Hari Guru PAS Kedah 2008 yang julung-julung kali diadakan telah disambut dengan meriah. Seramai 500 orang terdiri daripada guru-guru, kakitangan dan Ahli Lembaga Tadbir Sekolah-sekolah Agama Rakyat menhadiri majlis tersebut. Sebanyak 21 buah Sekolah Agama rakyat (SAR) yang bernaung dibawah Majlis Muassasah Darul Ulum, Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah dan juga PAS kawasan serta beberapa buah sekolah Pondok dan Tahfiz terlibat menjayakan sambutan ini.

Majlis Sambutan ini dianjurkan oleh Lajnah Pendidikan PAS Negeri Kedah yang dipengerusikan oleh YB Dr. Abd. Isa Ismail yang juga selaku Speaker Dewan Undangan Negeri.

Majlis tersebut diserikan lagi dengan kehadiran YAB Ust Hj. Azizan Abd. Razak , Menteri Besar Kedah yang menyempurnakan Perasmian Penutup pada sebelah petang.

Pada sebelah pagi Yb Hj Abdullah Jusoh, Exco Pendidikan, ICT dan Komunikasi Kerajaan Kedah telah menyampaikan ucapan. Para peserta juga telah dihidangkan dengan kuliah motivasi yang
disampaikan oleh seorang bekas guru yang cukup berpengalaman, Cikgu Wahab Abd. Rahman.

YAB Menteri Besar dalam ucapan beliau melahirkan rasa terharu dengan pengorbanan para guru sekolah agama rakyat yang berkhidmat dengan penuh ikhlas bagi mendidik generasi berakhlak mulia. Beliau juga merasa cukup bergembira dapat bersama-sama menghadiri sambutan hari guru ini.

Sementara itu, Yb Dr. Abd Isa Ismail, berjanji akan meneruskan sambutan hari guru seumpama ini pada tahun akan datang.

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons