Ahad, 19 Oktober 2008

Semua golongan meriahkan Aidil Fitri PAS Merbok

Oleh Izwan Abdul Halim

BUKIT SELAMBAU: Rumah Terbuka Aidil Fitri PAS Kawasan Merbok bukan
sahaja dihadiri oleh para penyokong Pakatan Rakyat dan masyarakat
setempat, malah kakitangan awam, anggota keselamatan dan ahli-ahli
Umno turut sama memeriahkan majlis tersebut.

Majlis yang julung kali diadakan secara terbuka itu tapak pasar minggu
Pekan Bukit Selambau itu telah dihadiri lebih 2,000 hadirin.

Pelbagai juadah disediakan antaranya nasi dagang, nasi tomato,
ketupat, laksa, sate, mee kari, bihun sup, cucur udang dan rendang.

Hujan lebat yang turun ketika majlis sedang berlangsung menambahkan
selera pengunjung hingga semua juadah habis ke semuanya bahkan ada
juga dibungkus untuk keluarga di rumah.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbok, Ustaz Mohd Zahir
Ghazali melahirkan rasa gembiranya dengan 'percubaan' penganjuran di
tempat terbuka seperti itu.

Jelasnya, beliau mendapat makluman dari aktivis-aktivis PAS di situ
bahawa ahli-ahli Umno turut serta dan gembira dengan majlis tersebut.
Katanya, silaturrahim seperti itulah yang memberi pengertian kepada
sambutan Aidil Fitri

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengerusi Perhubungan KeADILan
Negeri, YB Senator Mohd Zamri Yusuf, Ketua Angkatan Muda KeADILan
Negeri, Tuan Saiful Izham Ramli dan AJK Pemuda PAS Negeri, Azman
Ahmad.

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons