Jumaat, 24 Oktober 2008

ISU BANJIR TV3 - KENYATAAN AKHBAR DARI PEJABAT MB...... PENTING

Kepada;
Semua Ketua Biro
Media cetak/eletronik 23 Syawal 1429
23 Oktober 2008

Assalamualaikum / Salam Sejahtera

KENYATAAN AKHBAR

Saya amat bersimpati dengan siaran TV3 melalui Buletin Utama bertarikh
22 Oktober mengenai berita banjir di Kedah kerana pemberitanya gagal
mendapatkan sumber yang tepat untuk dijadikan bahan berita.

Jika berita yang tidak tepat disiarkan, maka berita itu adalah sesuatu
yang boleh digolongkan sebagai:

1. Berita berniat jahat untuk memburukkan imej Kerajaan Negeri Kedah
2. Berita yang berunsur memburukkan tokoh atau individu tertentu.
3. Atau ia hanyalah imiginasi atau angan-angan pemberita tersebut.

Kerajaan Negeri melalui Pejabat YAB Menteri Besar sejak 21 Oktober
telah memulakan lawatan serta menyampaikan sumbangan di Kuala Nerang
dan Dun Anak Bukit khususnya.

Pada 22 Oktober, Setiausaha Politik YAB Menteri Besar, Encik Mohd.
Sanusi Md. Nor telah melawat serta menyampaikan sumbangan seperti
beras, gula, minyak masak, lampin pakai buang bayi, tuala wanita,
biskut dan beberapa keperluan lain di empat penempatan mangsa banjir
di Dun Anak Bukit, sebuah di Bukit Pinang dan tiga penempatan di Dun
Guar Chempedak.

Selain itu, lawatan dan sumbangan juga dibuat oleh Exco Kebajikan dan
Wanita Kerajaan Negeri Kedah, Ustazah Siti Aishah Ghazali di Parlimen
Padang Terap dan Pokok Sena.

Exco Kesihatan, Penerangan dan NGO, Dr, Ismail Salleh mengadakan
lawatan dan sumbangan di sekitar Alor Mengkudu dan Adun Kubang Rotan,
Encik Mohd. Nasir Mustafa atas sifat beliau selaku Setiausaha PAS
Kawasan Kuala Kedah sentiasa memantau perkembangan banjir di Dun Anak
Bukit termasuk menyampaikan sumbangan berbentuk makanan.

Agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Penghulu
dan Majlis Ketua Kampung (MKK) juga telah mengadakan mesyuarat dan
tindakan susulan bagi memastikan proses menyalurkan bantuan dan
pertolongan berjalan dengan lancar.

Ini tidak termasuk bantuan kecemasan dan laporan semasa oleh pihak
MADA, tentera, polis, JPAM dan beberapa agensi lain yang terlibat.

TV3 juga 'highlight' kan bahawa belum ada sumbangan kewangan diberikan
setakat ini, bagi saya pemberita berkenaan amat tidak faham mengenai
prosedur sesebuah kerajaan baik Pusat mahupun negeri dalam konteks
menyalurkan bantuan kewangan.

Adalah amat mustahil selepas baru dua hari dilanda banjir kerajaan
akan terus mengeluarkan sumbangan berbentuk kewangan memandangkan
kerajaan terpaksa melalui beberapa proses yang melibatkan Jabatan
Kebajikan Masyarakat, Polis, MKK, Penghulu dan sebagainya.

Sedangkan mangsa Tsunami yang berlaku pada Disember 2004 lalu pun
sehingga kini masih ada yang belum mendapat pampasan sewajarnya,
bagiamanapun jangka waktu empat tahun itu adalah terlalu lama.

Petikan ayat ' sebahagian besar Exco Kerajaan Negeri sedang berada di
luar Negara ketika ini" juga mendedahkan berita tersebut hanya sebuah
ilusi pemberitanya.

Hanya dua anggota Exco yang berada di luar Negara dalam satu misi
menarik pelabur ke Kedah, lawatan kerja mereka bermula sejak 19
Oktober lalu, sementara banjir melanda kawasan mereka pada 21 Oktober.

Misi bantuan dan lawatan akan diteruskan sehinggalah semua mangsa
banjir dapat pulang ke rumah masing-masing.


Sekian, terima kasih


Yang Benar


(MOHD. HELMI BIN MOHD. KHALID)
Setiausaha Akhbar kepada
YAB Menteri Besar Kedah

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons