Selasa, 4 Disember 2007

PM MALAYSIA POPULAR DENGAN IMEJ BURUK

Kajian Merdeka Centre ditolak, PM popular kerana imejnya semakin buruk<
Wan Nordin Wan Yaacob
Tue | Dec 04, 07 | 11:34:30 am MYT

Dapatan kajian Merdeka Centre yang melaporkan bahawa pentadbiran Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi semakin popular di kalangan masyarakat Melayu khasnya mungkin sekali benar pada penilaian pihak tersebut, tetapi mungkin sekali tidak mendasari hakikat sebenar berdasarkan senario politik, ekonomi dan perkembangan semasa.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Satu daripada artikel itu menyatakan yang masyarakat Cina adalah golongan yang paling tidak berpuas hati dengan prestasi pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi.

Ini kerana daripada kajian itu 86 peratus masyarakat Melayu bersetuju dengan pentadbiran, masyarakat India (71 peratus manakala hanya 51 peratus masyarakat Cina bersetuju dengan pentadbiran Abdullah.

Artikel kedua yang disiarkan juga adalah berdasarkan kepada kajian yang sama yang mengatakan masyarakat Malaysia hanya lebih mementingkan isu-isu yang berkaitan dengan ekonomi negara berbanding dengan isu-isu lain termasuk politik negara.

Artikel itu juga turut meletakkan hasil kajian itu berkaitan beberapa perkara lain termasuk Dasar Ekonomi Baru, keadaan di dalam negara, masalah paling utama di negara dan lain-lain lagi.

Hasil kajian Merdeka Centre ini adalah berdasarkan kajian yang dijalankan melalui telefon kepada 1,022 orang responden yang dibuat antara 14-20 Jun lepas.

Saya pantang dicabar

Bagi penulis, Perdana Menteri semakin popular dan di kalangan masyarakat Melayu khasnya apabila beliau mencabar sensitiviti rakyat dengan laungan ' saya pantang dicabar' ketika berhadapan dengan penganjuran himpunan aman Bersih 10 November lalu.

Laungan bak 'Hang Tuah' itu menjadikan PM semakin popular kerana jarang sekali orang Melayu melihat PMnya segarang yang ditonjolkan Abdullah ketika itu.

Mungkin sekali orang Melayu merasakan bahawa Abdullah baru sahaja terjaga dari lenanya kerana sebelum ini, Abdullah cukup sukar menjawab apa-apa isu kerana beliau dikatakan semakin tidak tahu apa isu yang berlaku di negara ini.

Abdullah juga disifatkan sebagai PM yang penidur, lihat sahaja beberapa blog yang menyiarkan gambarnya tertidur sewaktu menghadiri pelbagai majlis membabitkan urusan rasmi kerajaan dan parti (Umno) atau Barisan Nasional (BN).

Sikap Abdullah yang penidur ini membuatkan ramai pemimpin politik Melayu membuat kenyataan 'sinis' kepadanya termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Penulis juga melihat bahawa populariti PM ini ditambah lagi dengan ulasan-ulasannya terhadap himpunan Bersih yang menyebabkan orang Melayu sebenarnya bukan semakin percaya kepada Abdullah, sebaliknya membenci 'kebongkakan' Abdullah melayani tuntutan rakyat.

Hakikat yang cuba ditulis Merdeka Centre bahawa pentadbiran Abdullah semakin mendapat kepercayaan rakyat benar sekali kerana rakyat percaya bahawa Abdullah adalah pemimpin yang tidak berkarisma dan tidak matang dalam melayani perihal politik dalaman partinya sendiri mahupun komponen Barisan Nasional (BN).

Rintihan yang tidak didengari Merdeka Centre

Pelbagai isu melingkari pentadbiran Abdullah sebenarnya tidak memungkinkan Abdullah semakin mendapat kepercayaan rakyat.

Beberapa laporan mengenai penghijrahan warga Malaysia ke luar negara serta permohonan menukar kerakyatan dari warganegara Malaysia untuk berhijrah ke luar negara sekitar empat tahun Abdullah menjadi PM antara bukti bahawa rakyat 'jelak' dengan pentadbiran Abdullah.

Suasana ekonomi yang semakin meruncing hingga yang terbaru harga tepung naik tak terkawal menyebabkan golongan di kampungpun menyebut perbandingan bahawa ekonomi di era pemerintahan Abdullah lebih buruk dari Tun Dr Mahathir.

Rintihan yang tidak didengari oleh Merdeka Centre ini mungkin sekali tidak menjadi isi kepada kajian yang dilakukan mereka memandangkan kajian mungkin sekali hanya berdasarkan kepada golongan tertentu sahaja dan melalui capaian telefon.

Sejak tahun 2003, selepas mengambilalih kerajaan dari tangan Tun Dr Mahathir, Abdullah berjanji akan memerangi rasuah.Dengan berbekalkan slogan 'Islam Hadhari', Abdullah berjaya menawan hati rakyat dan menyaksikan pilihan raya umum 2004 menyebelahi BN dengan majoriti yang tinggi.

Kesan dari imej Abdullah yang dikatakan 'baik' dan 'bersih' itu menyebabkan rakyat memberi kepercayaan kepadanya.

Imej sebenar Abdullah

Begitupun, lama kelamaan imej sebenar Abdullah dapat dilihat rakyat lebih-lebih lagi selepas beberapa berita mengenai laporan rasuah membabitkan kementerian-kementerian tertentu dan pegawai tinggi kerajaan dihebahkan di media-media alternatif.

Laporan salahlaku bekas Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Dato' Seri Zulkipli Mat Nor dan dakwaan rasuah membabitkan seorang Timbalan Menteri memulakan era 'gelap' dalam pemerintahan Abdullah yang baru sahaja kematian isteri tersayang pada tahun sebelumnya.

Abdullah bagaikan terpinga-pinga tidak menjawab pelbagai isu yang dihadapkan ke atasnya termasuk laporan pemberian kontrak kepada anak menantunya.

Laporan keterlibatan anaknya, Kamaluddin Abdullah melalui syarikat Scomi dengan penjualan komponen nuklear yang menyebabkan rakan kongsi Kamaluddin, BSA Tahir ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak dilayan sempurna oleh Abdullah.

Laporan pemberian kontrak kerajaan melalui kementerian tertentu kepada Kamaluddin, seperti yang dilapor Pengerusi Gerak, Ezam Mohd Noor yang akhirnya dibiarkan begitu sahaja oleh Abdullah menyebabkan situasi semakin tidak menyebelahi imej Abdullah.

Laporan-laporan indeks rasuah yang semakin membimbangkan, laporan indeks kebebasan akhbar, laporan salah laku kakitangan awam yang semakin meningkat, laporan penyelewengan dalam Laporan Audit Negara 2005 dan 2006, skandal pemimpin-pemimpin Umno/BN, skandal ahli-ahli Parlimen di bawah pemerintahan Abdullah dan kemerosotan akhlak remaja di bawah kerajaan Islam Hadhari menyebabkan imej Abdullah tercalar.

Ia ditambah dengan kejadian-kejadian murtad yang berleluasa; terbitnya golongan 'super sekular' dalam negara ini; wujudnya golongan anak muda yang menentang Islam secara terbuka dan pelbagai isu keruntuhan akhlak remaja.

Sekitar tahun 2006 dan 2007, imej Abdullah sebagai seorang yang bersih semakin pudar ditambah lagi kepudarannya kerana sikap bongkak menantunya, Khairy Jamaluddin yang dilihat rakus dalam berpolitik.

Sikap Khairy menyumbang kepada imej PM

Dalam jangkamasa beberapa tahun sahaja selepas bergelar menantu Perdana Menteri, Khairy mula mendapatkan ramuan politiknya untuk menduduki kerusi-kerusi penting dalam parti dan pertubuhan tertentu.

Antaranya menjadi Naib Ketua Pemuda Umno walaupun Khairy adalah lebih 'junior' berbanding Mukriz Mahathir, Azimi Daim dan anggota Exco Pemuda Umno yang lain.

Selain itu krisis yang berlaku dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyebabkan Khairy mengambil peluang melalui kemegahan mewujudkan gelombang baru dalam arena bolasepak tanah air melalui program 'MYteam' untuk menjawat jawatan Timbalan Presiden FAM menggantikan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang melepaskan jawatan itu ketika krisis bolasepak negara meruncing.

Sikap Khairy dalam menjelalah arus politik tanahair semakin ketara selepas menantu PM itu 'memberukkan' peserta-peserta himpunan Bersih.

Gelaran beruk yang dianugerahkan Khairy kepada rakyat Malaysia yang berhimpun pada 10 November lalu menyebabkan ramai yang menyelarnya.

Kerana itulah perkataan (Beruk) yang mempopularkan PM kerana apabila yang menyebutkan adalah Khairy, ramai yang akan terus mengaitkan dengan PM. Dalam hal ini PM dan Khairy ibarat 'irama dan lagu' tak mungkin dapat dipisahkan.

Jika sonsanglah lagu, maka sonsanglah irama, begitu juga PM, songsangnya PM dan Khairy, ia akan mengakibatkan salah seorang dari mereka berdua terpalit dengan kedangkalan.

Laporan yang disembunyikan

Bagaimanapun laporan mengenai tabiat buruk menantu PM ini hanya dilaporkan dalam blog dan akhbar versi internet sahaja, sedangkan alhbar arus perdana semuanya menonjolkan yang baik belaka.

Begitupun berdasarkan kepada hits dan jumlah pengunjung yang besar mencapai jutaan kepada sesuatu artikel membabitkan Khairy dan PM yang tersiar dalam blog-blog mahupun akhbar versi internet membayangkan bahawa kajian Merdeka Centre itu mungkin sekali boleh dipertikaikan lagi.

Malang sekali, kajian Merdeka Centre ini mungkin sekali tidak membabitkan 'beruk-beruk' yang membenci Khairy.Sejauh mana kajian Merdeka Centre yang dibuat melalui telefon ini benar-benar mendasari hakikat sebenar 'senario' masyarakat di lapang sasar yang tepat ia terpulang kepada sejauh mana responden itu adalah mewakili komuniti sebenar rakyat terbanyak.

Warga Malaysia mungkin sekali akan terpengaruh dengan kajian Merdeka Centre ini memandangkan semua akhbar arus perdana melaporkan kajian itu berbanding laporan sebenar mengenai himpunan Bersih yang dibuat sejurus selepas kajian badan terbabit.

Penulis setuju dengan kata-kata Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar bahawa kajian yang dilakukan mungkin sekali tidak mendasari hakikat sebenar kerana ia dibuat sebelum himpunan 100,000 rakyat 10 Vovember lalu yang menyaksikan kemarahan rakyat ditampilkan menyebabkan Abdullah dan konco-konconya menggelabah.

Akhirnya penulis melihat kajian ini mungkin sekali sengaja dibuat untuk memutihkan semula imej Abdullah yang tercalar kerana hakikat yang penulis sebut di atas.

(Sumber Harakahdaily.net)

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons