Helmi Khalid Sun | Nov 25, 07 | 2:32:35 pm MYT | |
Selepas menerima emel dari Pengarang Harakah, saudara Taufek Yahya mengarahkan setiap wartawan dimestikan menulis untuk ruangan Catatan Wartawan, saya tercari-cari apa topik yang hendak ditulis. Tanya juga kepada beberapa rakan, ada yang kata tulislah tentang NCER, sebab sambungan kepada berita yang saya laporkan mengenai sidang DUN Kedah, majlis pelancaran NCER di Kedah untuk empat negeri termasuk Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak belanja sampai RM 4.5 juta, tapi hingga sekarang hanya berjaya buka ladang jagung di Changloon. Ada yang suruh 'check' betulkah cakap-cakap mengatakan ada pemimpin atasan Umno di Kedah kerap ke luar negara untuk berjudi dan ada yang marah-marah sebab berita skandal seorang pemimpin Umno negeri ini yang kerap 'berdating' dengan Puteri Umno di luar negara belum berjaya didedahkan. Seorang kontraktor pula mahu saya dedahkan harga tender projek pintu gerbang dan pagar Istana Anak Bukit, katanya yang lulus itu berharga RM 6.5 juta, itu bukan harga simen, pasir, batu atau besi, tapi itu termasuk duit kopi, kalau harga asal tak lebih dari RM 3 juta. Saya jawab pada mereka, Harakah bukan akhbar sembarangan, kalau tak ada bukti kukuh Harakah tidak akan siar, nanti jadi fitnah. Isteri saya pula cadangkan untuk tulis tentang sampah, katanya kalau tidak kerana Haji Mahfuz Omar 'hempas' bungkusan sampah ke atas meja Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS), Dato' Abdul Mukthi Abdullah bulan lalu, keadaan mungkin tidak berubah. "Bagi orang Umno, Pemuda Umno, Khairy (faham saya si Khairy Jamaludin la kot) pun bagi tau sama, depa buat apa, PAS lah yang buat kerja untuk rakyat, kalau tak pi hempaih sampah hari tu, mesti depa tak buat kerja elok macam lani, berbulan dah bandaran (MBAS) tak ambik sampah sebelum ni," jelas isteri saya yang dah banyak kali kena tukar tempat kerja atas alasan selalu cakap politik di pejabat. Banyak lagi dia 'beletiaq' sebenarnya, sampai saya terdiam sambil-sambil cari idea lain, disebabkan terdiam saya pula kena marah, "tadi suruh bagi idea, dah bagi diam pulak, takut ka nak kata kat Umno?" sambung isteri saya. Duduk depan komputer, pening juga nak pilih yang mana satu antara cadangan tadi, semua menarik, tak puas hati saya menghubungi pula beberapa rakan yang ada dalam kem-kem Umno. Ada tiga rakan Umno yang saya hubungi, bila telefon saja rakan pertama selepas bagi salam dia terus kata,"ish cantik, memang aku dok nak 'call' hang, kita jumpa tempat biasa malam ni, ada cerita baru ni." Rakan kedua pula terus jawab,"sat-sat, aku call balik sat lagi, biasa la aku kat ofis ni, faham-faham la." Rakan Umno ketiga pula agak terkejut bila dia terus sebut,"Takbir!!!, tahniah la himpunan hampa berjaya, bila nak buat lagi, habaq kat aku sama.....ha Khairy awat tak pi sekat di Dataran Merdeka, amboi macam ramai sangat nak ikut dia." Waktu berjumpa rakan pertama, dia banyak ceritakan tentang kisah pemimpin Umno berebut nak jadi calon. Hinggakan suami isteri pun nak jadi calon, sisuami dah kelam kabut sebab ada ura-ura yang kata kalau isteri dia (Ketua Wanita Bahagian) 'gila' nak jadi calon juga, maka nama sisuami akan tersingkir. Ceritanya lagi ada yang dah berbulan turun merata cawangan pun ada, pantang dipelawa baca doa, dia akan baca, nak tunjuk hebat pada orang kampung, tapi kesian katanya, banyak cawangan yang tak boleh terima tokoh ini sebab langsung tak ada jawatan dalam Bahagian, nak mengharapkan belas kasihan Pak Lah saja. Ada seorang Ketua Bahagian pula katanya, bekas Exco negeri, masih ada hati nak jadi calon tetapi 'lubuknya' dulu dah dikebas orang. Di Kuala Kedah katanya lebih sakan, ada macam-macam spesis yang tergila-gila nak jadi calon,"hang tak perasan ka, Kuala Kedah kawasan hang, tak tengok dekat nak raya baru ni, semua penaik banner, yang tak dak jawatan tulis dia wakil belia, yang ada jawatan penaik banner lima kilometer satu, nak bagi orang kenai depa." katanya tersenyum sambil tunjuk SMS beberapa kawannya yang komen mengenai banner-banner tersebut. Itu kisah rakan pertama, rakan kedua pula menelefon saya kembali lebih kurang sejam selepas saya membuat panggilan. Saya: Hello, siapa ni? Rakan Kedua: Sheikh, ni aku la, tadi hang call aku dok dalam ofis, hang tau saja la depa ramai. Saya: Ni hang guna hand phone mana pulak ni, nombor baru ka? Rakan Kedua: Hehe, sheikh, ni nombor prepaid, senang sikit, tak ramai tau nombor ni, aku dok lambung pi SMS kat depa pakai nombor ni la, tak boleh biaq puak ni, lingkup Kedah boleh kat depa. Saya: Awat pulak? Rakan Kedua: Kami tak boleh tumpang meniaga dah lani, semua dia bagi kat adik beradik dia, beli printer banner hang tau ka dua puluh ka empat puluh ribu lebih, anak menakan dia tu bukan ada duit, tapi dah pak menakan orang besaq lani, sauk sakan la. Projek lani mana ada open tender, semua direct nego, kami jadi wau la, satu habuk tak dapat, yang aku geram hat pompuan di wisma (Wisma Darulaman) tu, amboi projek balak boleh kat dia, kena dah aku pasan 'orag tua' tu, sampai nak beli camca colour apa pun kena taya pompuan tu dulu, hang tengok la pakaian pompuan tu, kain saja pun aku ingat beratus ringgit, bukan ada jual di Pekan Rabu fesyen hat dia pakai, mahai-mahai semua, amboi untung jadi pompuan. Banyak juga kisah-kisah Wisma Darulaman yang dia sebut, sampai dia janji akan bagi gambar curi rakaman betapa intimnya perempuan yang dia sebut dengan salah seorang 'orang besar' di pusat pentadbiran kerajaan Kedah itu. Rakan ketiga pula yang saya temui ketika waktu sarapan pagi keesokan harinya berkali-kali memuji langkah PAS, parti-parti pembangkang serta NGO lain yang berjaya menggerakkan himpunan 10 November lalu. Katanya, walaupun Khairy Jamaludin cuba menggambarkan himpunan itu tidak berjaya, tetapi apa yang berlaku adalah seperti yang sama-sama kita lihat. "Rakyat kena bangkit, memanglah aku ada jawatan dalam Umno, tapi tengok la sapa saja yang dapat nama, sikit-sikit Khairy, kami di negeri ni macam tak buat kerja, semua dah mula nampak taktik dia nak naikkan diri sendiri," sambung beliau. Bila tulis balik semua kisah-kisah yang saya dapat dari mereka, jadi payah juga nak memilih mana satu yang lebih sesuai, seperti saya katakan tadi, semuanya menarik, tak kurang juga yang perlu saya selidiki lebih terperinci, maka rasanya sebelum mendedahkan kesemuanya, biarlah saya jalankan siasatan, kumpul lagi maklumat, baru sedap untuk menulis. - mns |
0 komentar:
Catat Ulasan