Isnin, 26 November 2007

Gelombang Kuning gemparkan Alamanda, Putrajaya

Herman Samsudeen
Mon | Nov 26, 07 | 3:09:09 pm MYT

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Hrkh) - Kempen 'Bahaya BN' yang dibawa melalui Gelombang Kuning versi PAS Wilayah Persekutuan telah mengemparkan Kompleks membeli belah Alamanda di Putrajaya pada tengahari semalam.

ImageGelombang Kuning yang diketuai oleh Ahli Jawatankuasa BERSIH,Anuar Tahir bersama Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan,Nazir Zakaria telah berjaya menarik perhatian orang ramai.

Risalah-risalah mengenai kenaikan harga barang dan BERSIH diedarkan kepada orang ramai.

Pengunjung yang hadir memberikan respon yang positif dan meminta agar kumpulan ini dapat hadir di Alamanda pada setiap minggu.

Sedikit kekecohan berlaku di penghujung program apabila Unit Keselamatan Alamanda berusaha untuk menghalang edaran risalah berkenaan dengan alasan tiada kebenaran bertulis dari pihak pengurusan Alamanda.

ImageWalaubagaimana pun gangguan tersebut tidak dapat menghalang Gelombang Kuning yang telah datang lebih awal untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat.

Pasukan Kuning ini telah berpecah kepada tiga kumpulan dan menyebabkan pihak pengurusan Alamanda berputih mata melihat risalah-risalah tersebut dibaca dengan penuh senyuman oleh rakyat yang hadir.

Sebelum beredar,Nazir berunding secara baik dengan wakil Keselamatan Alamanda dan memaklumkan bahawa kumpulan ini akan datang lagi dan meminta agar pihak pengurusan Alamanda bersikap terbuka untuk membenarkan rakyat mengetahui hak mereka.

ImageSebelum itu, pasukan Kuning ini juga telah melawati Pasar Rakyat di Taman Maluri di Titiwangsa dan Pasar Rakyat di Presint 8 Putrajaya. Program edaran risalah dan ceramah bergerak oleh Ketua Pemuda Wilayah, Kamaruzaman Mohamad telah berjaya membawa perhatian rakyat untuk mendengar dan memahami isu yang dibawa.

Kehadiran Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Dato' Mustapha Ali yang turut sudi meluangkan masa untuk bersama Gelombang Kuning di Wilayah Persekutuan juga mendapat sambutan yang amat baik dari rakyat di kedua-dua kawasan yang dijangkakan akan ditandingi oleh PAS pada pilihan raya akan datang. Ini adalah pentanda awal bahawa gelombang Kuning dan aura PAS semakin dirasai di Wilayah.

Kedua-dua pemimpin yang hadir memberikan kredit kepada PAS Wilayah Persekutuan dan berharap agar program ini dapat diteruskan dan dilakukan secara lebih kerap lagi.

Kawasan-kawasan yang belum dikunjungi juga perlu diaturkan agar rakyat dapat mengetahui isu-isu semasa dan hak mereka di samping dapat mempromosikan Gelombang Kuning. - mks.

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons