Ahad, 9 Disember 2007

KEMBARA BERSIH DARI KUBANG PASU KE RUMAH MAT SABU

Ahad - 9 Disember 2007

Oleh MRBAZMI

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah telah berjaya menganjurkan Kembara Bersih 2007 pada 8 Disember 2007 , Sabtu lepas. Kembara yang bermula di Markaz PAS Kawasan Kubang Pasu, Tok Kesop , Jitra pada pukul 9.00 pagi dengan penyertaan awal sebanyak 5 buah kereta yang terdiri daripada Ketua Pemuda DPPNK, Ust Musoddak Hj Ahmad, Naib Ketua Ust Mohd Zainal Asri Ramli, Setiausaha DPPNK, Ust. Mohd Rosli Azmi, Sdr. Helmi Khalid,Sdr. Fadzil Baharum, Ust Izzat Shauki, Ust. Salim Mahmud,Dewan Pemuda PAS Pokok Sena dan Kuala Kedah . Kembara ini telah melalui Pekan Jitra, Tanah Merah , Kepala Batas dan terus ke Alor Star.

Sampai di Alor Star kembara ini melalui Terminal bas Shahab Perdana dan berhenti di Pasar Besar Alor Star. Timbalan Ketua DPPNK , Ust Ahmad Yahya dan beberapa orang peserta dari kawasan Kuala Kedah dan Alor Star sudah sedia menanti disana untuk bergabung dengan konvoi dari Jitra. Sebanyak 1500 keping risalah BERSIH telah diedarkan disekitar Pasar Besar Alor Star.

Kemudian kembara diteruskan ke Pekan Gurun dan berkumpul di Pasaraya Aneka Gurun dimana Bendahari DPPNK Sdr. Sanusi Md Nor, Exco DPPNK Ust Azam Samat dan beberapa orang peserta dari Jerai sedang menanti disana. Sebanyak 500 keping risalah BERSIH telah diedarkan disekitar pasaraya Aneka. Dari Gurun kembara diteruskan ke TESCO Sg. Petani dengan jumlah kenderaan semakin bertambah. Sekitar 50 orang petugas telah mengedarkan 1000 Risalah BERSIH telah diedarkan kepada setiap pengungjung TESCO. Walaupun ada sedikit gangguan daripada pengawal keselamatan TESCO namun dapat diselesaikan dan akhirnya mereka memberi kerjasama kepada peserta kembara mengedarkan risalah.

Kembara kemudiannya bergerak ke Masjid Al Muttaqin Taman Ria untuk menunaikan solat Zohor dan menjamu selera jamuan tengahari yang disediakan oleh Dewan Pemuda PAS Merbok.

Dari Sg. Petani Kembara diteruskan ke Pekan Kuala Ketil. Kira-kira jam 3.15 kembara tiba disana dan disambut oleh 50 orang pemuda Baling dengan 18 buah kereta. Sebanyak 1000 keping risalah telah diedarkan di Pasar malam Kuala Ketil. Dari Kuala Ketil kembara bergerak ke Pdg . Serai. di Padg Serai Pemuda Pdg. Serai sedia menanti di PASTI Taman Kucai. Kehadiran rombongan kembara dari Kuala Ketil dengan deretan kenderaan yang panjang sebanyak 30 buah telah menarik perhatian orang ramai disepanjang perjalanan. Di PASTI Taman Kucai para peserta kembara menunaikan solat Asar dan diberikan taklimat ringkas oleh Ketua Pemuda DPPNK Ust. Musoddak telah jadual perjalanan seterusnya.

Kembara meneruskan perjalanan ke Pekan Kulim. Jumlah kenderaan dari Pdg. Serai telah bertambah kepada 35 buah. Sampai di Pekan Kulim , kembara telah berhanti di Tapak Pasar Malam Pekan Kulim dan sebanyak 1000 risalah pula telah diedarkan disana. Dengan keadaan para peniaga pasar malam baru hendak memulai perniagaan, telah menyaksikan gelombang kuning seramai hampir 140 orang peserta kembara dengan T Shirt Kuning BERSIH berselerakkan disekitar Pekan Kulim. Orang ramai yang hanya mendengar tentang BERSIH hanya melalui akhbar dan TV telah menyaksikan sendiri gelombang kuning dengan mata mereka sendiri. Mereka juga telah didedahkan maklumat tentang BERSIH melalaui risalah yang diedarkan. Sungguh menggembirakan semua risalah yang diedarkan sepanjang kembara BERSIH telah diterima dengan baik. Orang ramai terus membaca risalah yang diberikan dan menyimpannya untuk dibawa pulang kerumah. Hanya beberapa orang yang kemungkinan orang UMNO pekat saja yang agak teragak-agak untuk mengambil risalah tersebut.

Dari Pekan Kulim kembara bergerak ke destinasi yang terakhir iaitu rumah Naib Presiden PAS , Hj. Mohamad Sabu untuk menghadiri Majlis Perkahwinan anak beliau. Kembara tiba pada jam 6.20 petang telah disambut dengan meriah oleh tuan rumah dan juga para tetamu lain yang tidak sabar-sabar menanti ketibaan kembara.

Para peserta telah dihidang dengan jamuan nasi lewat petang oleh Hj Mohamad Sabu yang memang sudah bersedia untuk menerima kehadiran peserta Kembara.

Selesai jamuan para peserta beransur pulang mengikut kawasan masing-masing .

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons