Khamis, 13 Disember 2007

Detik Hitam untuk Parlimen setelah 50 tahun Merdeka

Posted on Thursday, December 13 @ 01:07:23 MYT by greenboc

Analisis Isu Oleh Lim Kit Siang
Terjemahan Bebas oleh TKO

aIni adalah detik paling hitam untuk Parlimen dalam tempoh 50 tahun. Dengan penghinaan kepada kemuliaan Parlimen dan kehormatan para Ahli Parlimen, polis telah menangkap lebih 20 orang di kawasan parlimen.

Diantara yang ditahan adalah pemimpin-pemimpin PAS, Mustapha Ali dan Dr. Hatta Ramli, Setiausaha Agong Parti Keadilan Rakyat Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Penerangan PKR Tian Chua, Pengerusi Penaja Parti Sosialis Malaysia Nasir Hashim dan beberapa orang aktivis BERSIH termasuklah Pengarah Eksekutif SUARAM, Yap Swee Seng, Pengarah Eksekutif Pusat Jurnalism Bebas V Gayathry, Pengarah Program Pusat Komas Mien Lor, Pengerusi Ikatan Penlis Untuk Kebebasan Media Wong Chin Huat, PAS Pengarah Pusat penyelidikan PAS Research Centre director Dr Dzulkifli Ahmad dan Pengurus Pengiklanan Harakah Mokhtar Rosaidi.


Saya menyaksikan sendiri penahanan Mustapha, Yap Swee Seng, Wong Chin Huat dan Gayathry di dalam kawasan parlimen. Malah, saya yang mengiringi Yap, Wong dan Gayathry keluar dari parlimen tatkala polis menyalahgunakan kuasanya untuk melakukan penangkapan di dalam kawasan parlimen sewaktu rehat tengahari.

bSaya menentang sekeras-kerasnya terhadap episod yang paling memalukan di dalam sejarah 50 tahun Malaysia ini apabila Dewan Rakyat kembali bersidang selepas waktu makan tengahari, mencadangkan satu usul tergempar untuk mengarahkan polis membebaskan kesemua yang ditangkap di dalam kawasan parlimen - kerana polis sepatutnya melakukannya di luar kawasan parlimen. Namun tiada sebarang sokongan diterima daripada ahli Parlimen Barisan Nasional atau Menteri. Sembilan Ahli Parlimen DAP dan seorang Ahli Parlimen PAS juga menemui Speaker, Tan Sri Ramli Ngah untuk mengadukan bantahan sekeras-kerasnya dan bliau menyatakan bahawa beliau akan meminta penjelasan dari Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.


dari Multidimid

Kit Siang pohon cabar perintah mahkamah
Oleh Beh Lih Yi


Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang hari ini memfailkan permohonan untuk mencabar perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur melarang Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) berhimpun di Parlimen semalam.

Para pengkritik menyifatkan arahan tersebut sebagai "tidak sah dan melanggar perlembagaan".

cDalam writ samannya yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi, Lim berkata, arahan tersebut melanggar arahan Parlimen dan satu peruntukan dalam Kanun Prosedur Jenayah (CPC).

“Kami meminta mahkamah mengisytiharkan perintah itu batal dan tidak sah," kata Lim yang diiringi oleh sebelas ahli Parlimen DAP, kepada pemberita.

Kali terakhir pergi ke mahkamah berhubung isu-isu kepentingan awam pada tahun 1988 apabila beliau mencabar pemberian konsensi Lebuhraya Utara-Selatan kepada syarikat yang berkaitan dengan Umno - United Engineers Malaysia pada 1988.

Perintah mahkamah itu diperolehi oleh polis Sentul - yang kedua selepas perhimpunan anjuran Hindraf pada 25 November lalu.

Semalam, polis menangkap 26 orang apabila anggota Bersih pergi ke Parlimen untuk menyerahkan memorandum membantah pindaan perlembagaan bagi melanjut tempoh perkhidmatan anggota Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), termasuk pengerusinya, sehingga umur 66 tahun.

Tujuh orang daripada mereka ditahan ketika meninggalkan bangunan Parlimen selepas menyerahkan memorandum itu kepada wakil rakyat pembangkang.

Dalam permohonan itu, Lim menamakan ketua polis Sentul (yang memohon perintah mahkamah itu), Ketua Polis Negara dan kerajaan sebagai defenden.

dari Malaysiakini

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons