Mohd Sabri Said Sat Apr 04, 09 10:55:31 am MYT
BUKIT SELAMBAU, 4 April (Hrkh) - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim yakin rakyat negara ini tidak mudah terpukau dan terpedaya dengan tindakan Perdana Menteri keenam Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak melepaskan 13 mangsa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan penarikan balik pengantungan permit akhbar alternatif Harakah dan Suara Keadilan sebaik sahaja pelantikannya semalam.
Sebaliknya rakyat harus sedar lazimnya, sikap sedemikian merupakan lumrah untuk mencari kelainan terhadap kepimpinan lepas selain ingin menarik perhatian umum untuk berbaik dengan rakyat sesuai dengan slogan baru 'Bersatu Untuk Semua'.
"Rakyat usah terpukau dengan langkah Dato' Seri Najib bila melepaskan 13 mangsa yang terkurung lama dalam ISA serta membenarkan semula dua akhbar alternatif sebaik saja pelantikanya sebagai Perdana Menteri keenam negara, " jelasnya ketika ditemui selepas berucap dalam program ceramah perdana di Bukit Selambau semalam.
Turut berucap sama dalam program itu ialah Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak.
Tegas Anwar yang juga Ketua Pembangkang, tidak mustahil hari ini pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) itu berkelakuan terpuji tetapi akan bertindak luar batasan bila keadaan terdesak.
Apa pun sambungnya, Pakatan Rakyat menyambut baik usaha murni itu tetapi harus bertindak secara jujur dan tiada lagi tangkapan dibuat serta melepaskan baki tahanan ISA dan tidak lagi masuk campur terhadap mana-mana institusi seperti Kehakiman, Polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan seumpamanya.
"Bagi saya tindakan itu terpuji tetapi haruslah bersikap ikhlas bukan lepas hari ini, setahun kemudian tangkap lagi banyak dengan alasan bahaya pada negara jika dibiarkan bersuara, " tambahnya.
Beliau juga yakin pengundi di Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Selambau, Kedah, Dun Batang Ai di Sarawak dan Parlimen Bukit Gantang di Perak tidak berganjak memberikan sokongan padu pada Pakatan Rakyat yang nyata memberikan yang terbaik berbanding BN yang telah 50 tahun memerintah.
Jangan sekali-kali membiarkan BN meningkatkan penguasaan politik negara semula sebaliknya tanamkan semangat untuk melihat Pakatan Rakyat menyelamatkan maruah bangsa, agama dan tanahair yang telah tercalar akibat kerakusan kepimpinan BN yang sedia ada.
"Pengundi kena bersikap matang dalam hal ini jangan terpengaruh dengan tindak tanduk 'penyapu baru' yang cuba melakunkan episod baru dalam drama bersiri tanahair, " katanya. - mks. _
Isnin, 6 April 2009
Awas, jangan terpedaya dengan Najib!
Isnin, April 06, 2009
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
No comments
0 komentar:
Catat Ulasan