Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my
MERBOK: Ulama hakiki tidak akan menyertai Umno kerana sifat mereka adalah mendekati dan takutkan Allah serta dengan keilmuan yang ada, mereka dapat membezakan antara hak dan batil, demikian menurut Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi.
"Mereka dapat beza mana lulus judi, mana lawan judi. Mana sokong maksiat, mana cegah kemungkaran. Ulama hakiki ini dia tahu beza. Apabila dia tahu beza antara hak dan batil, tak mungkin dia masuk Umno, tak mungkin," ujarnya mengulas dakwaan penyertaan 100 ulama ke dalam Umno ketika berceramah di Semeling, di sini 22 Jun lalu.
Ujarnya, beliau dengan penuh keinsafan berdoa agar semua mereka yang dimaksudkan itu tidak masuk Umno.
Sebaliknya kata beliau, jika mereka hendak tegakkan Islam dan berjuang untuk Islam, maka tempat paling layak adalah menyertai PAS.
Tegas Nasrudin, lebih manis jika mereka kekal sepertimana sekarang dari mencemarkan diri dengan Umno yang bersalut mungkar.
Katanya lagi, Umno bukan tidak pernah disertai ulama, tetapi mereka keluar kerana Umno melakukan maksiat.
Selasa, 29 Jun 2010
ULAMAK HAKIKI TIDAK SERTAI UMNO
Selasa, Jun 29, 2010
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
No comments
0 komentar:
Catat Ulasan