Selasa, 29 Jun 2010

DASAR NEGARA BERKIBLATKAN YAHUDI

Oleh IZWAN ABDUL HALIM


izwan@harakah.net.my
MERBOK: Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi melahirkan kebimbangan kemungkinan dasar negara selepas ini akan berkiblatkan Yahudi dan Israel.
"Sebab apabila penasihatnya Yahudi, tak mungkin dia nasihat cara Islam. Walaupun APCO hanyalah syarikat perunding, tetapi sudah tentu dia akan berunding mengikut cara yang bertentang dengan Islam.
"Kerana Yahudi ini bermusuh ketat dengan Islam!" ujarnya menyeru umat Islam berwaspada dengan perancangan Yahudi untuk menguasai negara umat Islam di seluruh dunia ketika berceramah di Semeling, di sini 22 Jun lalu.
Dalam ceramahnya itu, beliau turut menolak tanggapan bahawa Israel tidak dapat dikalahkan.
Katanya, seluruh penduduk dan tentera Yahudi di Israel hanya berjumlah 10 hingga 12 juta sahaja sedangkan umat Islam di negara-negara Arab bersempadan Israel berjumlah lebih 300 juta.
"Mereka memandang Yahudi terlalu besar, mereka terlalu takut Amerika. Walhal Nabi SAW telah beri penjelasan bahawa Yahudi adalah golongan paling penakut. Tetapi oleh kerana kita yang takut kepada mereka, akhirnya mereka besar kepala dan menguasai dunia.
"Saya kira dengan umat Islam beramai-ramai pergi ke Israel, dengan jumlah 300 juta lebih, mereka boleh meranapkan negara Israel," ujarnya membangkitkan semangat.
Untuk mencapai tujuan itu, umat Islam katanya, perlu berpegang teguh kepada Islam dan menyemarakkan jihad.
Katanya, telah begitu lama Allah memberikan peluang kepada umat Islam untuk bangkit berjuang membebaskan al-Quds, tetapi sebahagian umat Islam lebih tega berpeluk tubuh, khayal dan hanyut dalam keseronokan hidup, mewah dengan pangkat dan kemasyhuran yang mereka miliki.
Tetapi kini ujarnya, Allah menghantar orang-orang bukan Islam termasuk mereka yang sebelum ini benci kepada Islam untuk bersimpati kepada umat Islam di Gaza.
Tambahnya lagi, lesen judi yang diluluskan kerajaan baru-baru ini juga adalah agenda Yahudi untuk merosakkan umat Islam.
Katanya, PAS terpaksa mengadakan demonstrasi setelah pelbagai usaha sebelumnya tidak menyedarkan kerajaan sebaliknya mereka terlalu keras kepala untuk diinsafkan.

"Mudah-mudahan kita buat demonstrasi ini, himpunan ini dia (kerajaan) boleh lihat macam mana rakyat marah, rakyat tak setuju," ujar beliau.

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons