Selasa, 29 Jun 2010

HATUHKAN 'HUKUMAN' KE ATAS ZIONIS ISRAEL

Oleh IZWAN ABDUL HALIM


izwan@harakah.net.my

MERBOK: Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Ahmad Yahya menyeru umat Islam menjatuhkan 'hukuman' ke atas Zionis Israel dengan mencontohi teladan ditunjukkan sahabat Nabi iaitu Saad bin Muadz.

Memetik sirah perjuangan tersebut, Saad katanya, telah memberi keputusan tegas ke atas Yahudi Bani Khuraizah iaitu menjatuhkan hukuman bunuh ke atas kaum lelaki dan menawan kaum wanita serta kanak-kanak ekoran dokongan mereka kepada Tentera Ahzab yang menyerang Madinah.
Sedangkan menurutnya, Yahudi Bani Khuraizah telah mempunyai hubungan dan perjanjian dengan Saad yang juga Ketua Kaum Suku Khazraj sejak zaman Jahiliyyah serta perjanjian dengan Rasulullah sebagai penduduk Negara Madinah.
Ujar beliau, walaupun Saad dalam peperangan itu telah mengalami kecederaan parah, namun telah memohon kepada Allah agar dilanjutkan usianya semata-mata mahu menentukan keputusan dan hukuman kepada Bani Khuraizah yang mengkhianati itu.
Cerita Ahmad, seusai berakhir Perang Ahzab, Rasulullah dan angkatan tenteranya telah diseru Malaikat untuk ke perkampungan Yahudi tersebut dan selepas kepungan selama 25 hari akhirnya Yahudi tunduk.
Terang beliau, Nabi SAW telah memberi penghormatan kepada Saad untuk memberikan keputusan dalam menjatuhkan hukuman dan Saad meninggal dunia beberapa ketika selepas itu.
Saad bin Muadz katanya, jelas sahabat yang istimewa kerana telah menentukan keputusan 'yang dicintai Allah dan Rasul' selain ketika menemui syahid, jasadnya terasa ringan kerana turut diangkat malaikat, kuburnya berbau wangi serta Arash Allah bergoncang disebabkan gembira menerima rohnya.
Oleh itu umat Islam seru Ahmad, perlu meneladani Saad bin Muadz untuk menjatuhkan hukuman ke atas Yahudi Zionis Israel dengan sekurang-kurangnya doa dan memboikot setiap produk mereka.
Ujarnya, produk Yahudi paling besar dan jelas dalam negara ini yang perlu diboikot oleh umat Islam ialah 1 Malaysia.
"Salah satu produk paling besar Yahudi di negara ini adalah 1 Malaysia. Menjadi tanggung jawab kita mengutuk, memerangi, membenci sebarang bentuk produk dikeluarkan Yahudi," ujarnya menyampaikan ceramah di Semeling, di sini 22 Jun lalu.
Terdahulu dalam ceramahnya itu, beliau menyeru umat Islam mengambil hikmah bulan Rejab iaitulah termasuklah pembelaan ke atas umat Islam Palestin dan penentangan ke atas Yahudi Zionis Israel sebagaimana iktibar kisah Israk dan Mikraj.
Dalam ceramahnya itu juga, Ahmad turut menempelak Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak kerana mempunyai dua wajah.
Katanya, satu ketika Najib dan para pemimpin Umno menunjukkan wajah kononnya marah dan menentang Yahudi, pada ketika sama mereka menunjukkan wajah mesra dalam hubungan dengan Israel.

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons