Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my
MERBOK: Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Ahmad Yahya menempelak tindakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang secara terbuka mendakwa wujud gerakan kumpulan pengganas Jamaah Islamiyyah (JI) di institusi-institusi pengajian tinggi.
"Wallahu'alam kita tidak tahu. Tapi kalau betul ada JI kenapa riuh? Kalau riuh rendah macam tu, KPN keluar kenyataan, tentulah jika ada sungguh (JI), puak-puak tu akan sembunyi.
"Apa tujuan didedahkan secara tersebuka? Kita tidak pasti! Tapi kita bimbang ini adalah satu nasihat daripada APCO, daripada Yahudi yang menjadi nadi kepala otak pemikiran pemimpin-pemimpin negara kita," tempelaknya ketika berceramah di Semeling, di sini 22 Jun lalu.
Katanya, dunia tidak harus lupa alasan digunakan Amerika Syarikat untuk menyerang Iraq, bumi umat Islam yang terkumpul padanya peradaban, sejarah dan keistimewaan agama Islam.
Amerika katanya, telah menuduh Saddam Husein menyimpan senjata pemusnah, namun tidak pernah dijumpai sehingga kini.
Begitu juga katanya, atas alasan memerangi Osama Laden, bumi umat Islam Afghanistan dihancurkan.
Oleh itu ujar Ahmad, semua itu adalah pemikiran-pemikiran Yahudi yang sedang mengguna kaedah sama ke atas perkembangan Islam di negara ini dan melemahkan usaha ke arahnya.
"Boleh jadi mereka hendak menakutkan mana-mana pelajar yang selalu ke surau, mana-mana pelajar yang minat majlis ilmu. Nak gerun dan takutkan mana-mana pelajar yang cuba bangkit menentang kerajaan hari ini sesudah mereka faham bahawa kerajaan hari ini adalah kerajaan yang jahat dan kerajaan yang tidak boleh dikekalkan akan datang," ujarnya.
Selasa, 29 Jun 2010
JI DI IPT KPN DITEMPELAK
Selasa, Jun 29, 2010
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
No comments
0 komentar:
Catat Ulasan