Isnin, 22 Jun 2009

MANEK URAI SANGGAH MEDIA PRO-BN


Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

ALOR SETAR: Situasi terkini di Manek Urai menyanggah sama sekali gambaran negatif yang cuba ditonjolkan pihak media pro-BN terhadap PAS dan Pakatan Rakyat, demikian pandangan Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahya.

Menurut beliau, ketika media cuba menunjukkan kononnya PAS berpecah, hakikat sebenar jelas dapat dilihat adalah kesatuan antara jentera, pimpinan dan aktivis dengan matlamat padu untuk mempertahankan Manek Urai serta mengalahkan Umno-BN.

“Manakala kecelaruan pendapat kononnya sedang wujud dalam PAS, yang menonjol di Manek Urai ialah kesungguhan untuk mengalahkan kezaliman, penyelewengan dan kejahatan BN.

“Malah, kehadiran KeADILan dan DAP serta kerjasama mereka sebagaimana kerjasama pada enam pilihan raya kecil sebelum ini telah menafikan sama sekali propaganda media pro-BN kononnya rakan-rakan Pakatan Rakyat mula meragui PAS,” ujarnya sejurus pulang dari Majlis Pelancaran Jentera Pemuda Pilihan Raya Kecil N.41 Dun Manek Urai di Lata Rek, Kuala Krai, Kelantan pada 19 Jun lalu.

Katanya, Pemuda Pakatan Rakyat negeri-negeri juga telah menyatakan komitmen akan turun membantu gerakerja pilihan raya kecil tersebut yang sekali lagi menjadi medan penyatuan menyahkan Umno-BN.

Tambahnya lagi, pemerintahan PAS di Kelantan telah berjaya merealisasikan tema “Islam Memimpin Perubahan” yang sedang diuar-uarkan ketika ini untuk diperlihatkan kepada seluruh rakyat Malaysia sebagai model Pakatan Rakyat mengambil alih teraju kepimpinan negara ini kelak.

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons