Sabtu, 27 Jun 2009

DPPNK BANGGA SIFAT AL MURSYIDUL AM

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

ALOR SETAR: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) menyanjungi dan merasa berbangga dengan jiwa besar yang dimiliki Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana memaaf dan memohon maaf dalam isu menggesa Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa meninggalkan PAS dan meletakkan jawatan Ahli Parlimen Bachok.

“Sifat ini amat wajar dicontohi pemimpin dan ini bukti bahawa PAS jamaah Islam yang tulen dan memiliki pemimpin Islam tulen serta berjaya menjauhi sifat mazmumah,” demikian kenyataan ringkas kepada Harakah, 23 Jun lalu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam kenyataannya di Pejabat Agung PAS, 22 Jun lalu menarik balik kenyataannya yang menggesa Nasharuddin meninggalkan PAS dan meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok.

Kedua-dua tokoh tersebut bersama beberapa pimpinan utama PAS bertemu dalam satu perjumpaan khas dan bersama dalam sidang media yang diadakan kemudiannya.

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons