FITNAH JAHAT YANG TERKUTUK!
Oleh: Siti Zaleha Abdul Rahim
Usaha mengecam seorang Exco Kerajaan Negeri Kedah kononnya menderhaka kepada Kebawah Duli Yang Maha (KDYMM) Sultan Kedah tidak berhasil. Sekarang Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak pula dikatakan tidak hormat KDYMM Sultan.
Sewaktu kekecohan mengatakan Exco menderhaka KDYMM Tuanku Sultan, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan sering dikejar para wartawan bagi mendapatkan maklum balas isu tersebut.
Pada satu sidang media selepas Majlis Pelantikan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah di Istana Anak Bukit, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan sempat berjenaka dengan para wartawan, dengan berkata, sekarang Exco dituduh menderhaka KDYMM Tuanku Sultan, esok-esok Menteri Besar pula dituduh menderhaka KDYMM Tuanku Sultan.
Hari ini, jenaka tersebut menjadi kenyataan, namun kenyataan mengenai YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan tidak hormat KDYMM Tuanku Sultan disiarkan dalam ruangan surat & e-mel di Berita Harian, dikirimkan oleh seorang pembaca yang bertajuk ‘MB Kedah tak hormat Sultan’.
Dalam kiriman tersebut, mendakwa kononnya sewaktu majlis perasmian Tree Top Walk di Sungai Sedim, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan dikatakan tidak hormat KDYMM Tuanku Sultan kerana meninggalkan pentas Di-Raja dan makan seorang diri berhadapan dengan orang ramai yang hadir di dalam khemah jamuan sebelum keberangkatan tiba KDYMM Tuanku Sultan dan Sultanah.
Sesungguhnya ia adalah satu fitnah yang sangat jahat kerana peristiwa yang digambarkan itu sama sekali TIDAK BERLAKU, hanya rekaan penulis tersebut semata-mata. Lihatlah betapa buruknya etika penulis tersebut yang sanggup bernohong dalam sebuah akhbar yang terkenal suka memecahbelahkan masyarakat.
Apakah muslihat di sebalik kiriman ini? Adakah disebabkan bahang pilihan raya di Bukit Selambau? Mengapa isu istana digunakan? Sedangkan kita sendiri sedia maklum bahawa SPR sudah keluar kenyataan bahawa isu istana tidak boleh digunakan dalam kempen Pilihan Raya Kecil di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Air.
Sudah sebulan majlis tersebut berlangsung, kenapa sekarang ianya baru dibangkitkan? Sedangkan majlis tersebut berjalan dengan lancar dan tiada langsung khabar-khabar angin berlaku di kalangan para hadirin yang hadir.
Majlis tersebut hanya dihadiri oleh Exco-exco serta ADUN-ADUN dari Pakatan Rakyat sahaja. Mana menghilangnya ADUN-ADUN pembangkang? Adakah ini dikatakan taat pada KDYMM Tuanku Sultan?
Isnin, 6 April 2009
Kononnya MB tinggalkan Sultan untuk makan sendiri
Isnin, April 06, 2009
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
No comments
0 komentar:
Catat Ulasan