Ketika sedang nyenyak tidur untuk persiapan meneruskan satu tugas yang penting esoknya tiba Awang dikejutkan oleh bunyi kokokan Ayam jantan (Lambang calon bebas). Mungkin rumahnya dekat dengan hutan yang berbukit-bukit itu menyebab kehadiran pak rimau telah mengejutkan ayam itu walaupun jam loceng belum berbunyi . Namun begitu Awang terus bangun kerana takut terlena menyebabkan dia akan lambat keluar esok. Awang pun bersiap solat subuh dan berdoa' supaya diberikan petunjuk untuk memilih calon yang terbaik hari ini. Sejak dua tiga hari ini hujan turun dengan lebat sekali , malah ribut pun turut melanda hingga merosakkan dua tiga buah rumah jirannya jadi dia pun bawa payung bersama beliau. Apabila siap Awang pun keluar rumah dan mendapatkan basikalnya yang agak uzur. kalau nak kayuh sampai ke pekan mungkin tak sampai jadi dia pun tunggu bas di bus stop kampungnya. Bila bas sampai dia pun nak bas ke tempat mengundi.
Sampai di tempat mengundi dia pun pergi semak nama di bangsal panas. Awang bawa satu buku dalam poket dia. dalam buku tersebut di catat semua perkara yang berlaku dalam hidup beliau juga ada beberapa perkara tentang parti yang bertanding. Sambil beratur dia pun beleklah buku tu akhirnya dia dapat keputusan nak pangkah calon mana. Selepas timbang punya timbang dia buat keputusan .Undi rahsia tak boleh bagi tau laaa.
Selepas selesai buang undi perut terasa lapar pula. Jadi dia pun pergi makan di warung , pekena ikan goreng seekor.
lepas tu dua pun balik rumah. Dia buka kunci rumah dengan cermat sebelum melangkah dengan agak longlai , maklumlah letih hari tu.
Malam tu sementara menunggu keputusan pilihanraya diumumkan dia ambil kerusi dan letak dibawa pokok palm depan rumah dia. sambil menyedut angin yang nyaman malam tu selepas cuaca agak tak menentu dua tiga hari lepas. malam itu anak bulan memancarkan cahayanya di angkasa. siapakah yang menang agaknya. Awang membayangkan kalau parti yang dia pangkah siang tadi dia akan telefon semua orang yang calon yang dia pangkah itu menang. baru Puas hati dia..dia juga puas kerana telah berlaku adil kepada semua calon yang bertanding dengan memangkah anak bulan...
Isnin, 6 April 2009
DIARI PENGUNDI BUKIT SELAMBAU PADA 7 APRIL
Isnin, April 06, 2009
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
No comments
0 komentar:
Catat Ulasan