WAN NORDIN WAN YAACOB
Thu | Mar 26, 09 | 10:42:40 pm MYT
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Hrkh) - Keputusan rasmi pemilihan Timbalan Presiden Umno akhirnya menyaksikan kemenangan Tan Sri Muhyiddin Yassin menewaskan Tan Sri Muhammad Muhd Taib.
Muhyiddin menewaskan Muhammad dengan mendapat 1575, sementara Muhammad meraih 916.
Manakala bagi jawatan Naib Presiden pula, tiga calon yang mendapat undi tertinggi: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Zahid menepati ramalan menang ditangga pertama dengan memperolehi 1,592 undi, Hishammuddin (1,515) dan Mohd Shafie (1,445).
Pengundian untuk memilih jawatan tertinggi Umno memakan masa kira-kira tiga jam dan berakhir jam 3 petang tadi, melibatkan lebih 2,500 perwakilan.
Khamis, 26 Mac 2009
Muhyiddin atasi Muhammad Taib, Zahid, Hisham dan Shafie menang
Khamis, Mac 26, 2009
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
No comments
0 komentar:
Catat Ulasan