Sabtu, 28 Mac 2009

Kad media PRK, SPR cuba tolak permohonan Harakah dan Warta Darul Aman

Harakahdaily

ALOR SETAR, 27 Mac (Hrkh) - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah cuba untuk menolak permohonan dua orang wartawan Harakah untuk mendapatkan pas media bagi membuat liputan pilihan raya kecil Dun BUkit Selambau.

Wartawan terbabit, Bashir Ishak dari Perlis dan Izwan Abdul Halim dari Kedah telah membuat permohonan tersebut di pejabat SPR Kedah di bangunan Persekutuan di Anak Bukit.

Walaupun pada mulanya, kedua-dua orang mereka telahpun mengisi borang, bagaimanapun kerani SPR yang bertugas kemudiannya memberitahu akhbar Harakah tidak dibenarkan untuk memohon oleh Jabatan Penerangan.

Bashir kemudiannya memberitahu kerani tersebut bahawa Harakah hanya digantung penerbitannya selama tiga bulan dan bukan digantung permit.

Kerani tersebut kemudiannya menjelaskan bahawa permohonan hanya boleh dibuat oleh mereka yang mempunyai kad media yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan.

Bashir yang mempunyai kad tersebut menunjukkannya kepada kerani tersebut yang terpaksa pula merujuk kepada ketuanya.

AKhirnya, hanya permohonan dari Bashir sahaja yang diterima untuk diproses dengan tidak memberi sebarang kepastian.

Menurut kerani tersebut, mereka terpaksa merujuk kepada arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan untuk tujuan tersebut.

sebelum ini SPR juga telah menolak permohonan yang sama dari petugas Warta Darulaman di bawah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah. - mks._

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons