Khamis, 21 Ogos 2008

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH MENANG ANUGERAH PENGURUSAN NEGERI TERBAIK

Ipoh - 13 Ogos 2008

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah telah memenangi anugerah Pengurusan Dewan Pemuda PAS Negeri Terbaik dalam pertandingan yang dianjurkan sempena Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat kali ke 49 pada 13 Ogos lalu di Stadium Indera Mulia,Ipoh, Perak. Dewan Pemuda PAS Kedah menerima hadiah berupa sijil dan wang tunai. Tempat kedua telah dimenangi oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu manakala tempat ketiga di menangi oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Johor. Hadiah telah disampaikan oleh YB Ust. Hj Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dalam majlis Perasmian Muktamar pada malam tersebut. Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah Ust. Mohd Rosli telah menerima anugerah tersebut mewakili Dewan Pemuda PAS Kedah.

Semnetara Dewan Pemuda PAS Kawasan Baling dan Sik telah menduduki tempat pertama dan kedua bagi kategori anugerah pertambahan keahlian UKJ teramai zon Utara
(Perlis, Kedah dan Pulau Pinang). Masing-masing menerima sijil dan wang tunai.

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons