Khamis, 21 Ogos 2008

MB KEDAH RASMI PAVILLION TETAP NEGERI KEDAH SEMPENA MAHA 2008

Oleh Abd Wahab bin Osman

SERDANG 10 Ogos - Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourisme Show) yang dikenali MAHA 2008 bermula 11 hingga 23 Ogos merupakan pameran yang terbesar di Asia Tenggara.

MAHA 2008 diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di atas tapak seluas 130 hektar bertujuan mempromosikan pertanian di Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang menawarkan 1,448 unit gerai dan pavillion (astaka) untuk semua negeri dan akan menjadi tapak kekalnya pada masa akan datang.

Sehubungan itu, majlis perasmian pavilion Negeri Kedah sempena MAHA 2008 disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar, Kerja Raya dan Pertanian Negeri Kedah, Dato' Ir Phahrolrazi Zawawi, Pengarah Unit Peran cang Ekonomi Negeri Kedah (UPEN), Dato' Bashirudin Abdul Jamil dan Pengarah FAMA, Datuk Mohamed Shariff Abd Aziz.


Di Pavillion Negeri Kedah menempatkan kira-kira 10 buah agensi kerajaan yang terdiri daripada FAMA, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Jabatan Perikanan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Pertanian, MARDI, Kolej Pertanian Malaysia, Kedah Agro Berhad dan MADA yang dijangka memainkan peranan untuk menyebarkan maklumat dan informasi terutamanya dalam sektor Pertanian Pelancongan (Agrotourisme).

Produk-produk pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Kedah yang dipamerkan di pavillion ialah Madu Lebah Tualang, Beras Organik Langkawi, Rempah kari Merbok, Kopi Baling, produk herba, kerepek pisang, pekasam Sik, Keropok ikan bilis, Serunding ikan, Burger ikan, ikan bilis sira, keropok kering, keropok sira, susu kambing, susu kerbau, susu lembu, telur masin, cendawan Gunung Jerai, Minuman kesihatan dari buah manggis, Nenas segar dan nenas proses, kuih-kuih tradisional keluaran Industri Asas Tani Sik, produk kesihatan berasaskan beras, produk jus dan buah-buah Mangga Tobiar dan jenis-jenis padi.

Dalam ucapan perasmian, Menteri Besar Kedah berkata, pertanian merupakan aktiviti ekonomi yang utama di Negeri Kedah dan beliau amat berharap penglibatan Negeri Kedah dalam MAHA 2008 dapat mempromosi dan membina jaringan perniagaaan bagi memasarkan produk- produk pertanian hingga ke peringkat antarabangsa.

Azizan berkata, Kedah akan mewujudkan Ekspo Pertanian Antarabangsa untuk memasarkan produk-produk pertanian temp;atan khususnya kepada pelancong-pelancong daripada timur tengah yang akan menjadikan Malaysia sebagai destinasi mereka.

"Kita mempunyai produk-produk pertanian tempatan yang boleh diketengahkan ke peringkat antarabangsa, terutamanya kuih-kuih tradisional berasaskan beras, burger ikan, serunding ikan, keropok ikan bilis, keluaran hasil ternakan seperti susu kambing, susu lembu dan susu kerbau," kata Azizan.

Pada majlis tersebut Menteri Besar Kedah turut menandatangani plak Perasmian Pavillion Tetap Negeri Kedah.

Mengulas kenyataan Azizan, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, YB Dato' Ir. Phahrolrazi yang ditanya selepas perasmian berkata, "sebuah syarikat pemasaran, Kedah Agro Holding yang ditubuhkan akan memasarkan produk-produk tempatan mulai tahun depan.

Phahrolrazi berkata, "peringkat awal Cendawan Gunung Jerai sudahpun menembusi pasaran antarabangsa, khususnya pasaran Taiwan dan Hong Kong,"

Hadir sama ialah YB Dr Ismail Salleh, YB Dr Hamdan Mohamed Khalib, YB Dato' Taulan Rasul, YB Radzhi Salleh, YB Ir Amiruddin Hamzah, YB Abdullah Jusoh, YB V.Arumugam, YB Tan Wei Shu, YB Senator Ir Zamri Yusof, YB Senator Yusof Hussin, YB Dr Isa Ismail, YB Abd Ghani Ahmad, YB Md Roshidi Osman, YB Johari Abdullah, YB Lim Soo Nee, YB Ahmad Izzat Shauki dan YB Tan Chow Kang.

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons