Mohd Sabri Said
Thu | Aug 21, 08 | 2:17:40 pm MYT
PERMATANG PAUH, 21 Ogos (Hrkh) - Petugas PAS yang sedang memasang papan tanda berwajah Dato' Seri Anwar Ibrahim di persimpangan ke Dewan Undangan Negeri (Dun ) Permatang Pasir diserbu Ketua Wanita Umno Cawangan Permatang Ara kelmarin kononnya pamasangan papan tanda itu menghalang jalan memasuki Kampung Permatang Ara.
Iklan
Kebetulan pula krew Harakahdaily baru selesai merakam reaksi petugas Pakatan Rakyat menaikan papan tanda berkenaan yang berukuran 8x8 kaki persegi itu.
Selepas sahaja krew Harakahdaily beredar dari situ terus sahaja Ketua Wanita tersebut menyerbu dan memarahi petugas kerana bertindak memasang papan tanda besar yang pastinya memberi kesan pada Umno-Barisan Nasional (BN).
Petugas PAS yang enggan menyebut nama berkata, tiba-tiba sahaja Mak Cik yang beliau kenali menerkam ke arahnya dan memarahinya serta merta.
Suaranya kuat sehingga mengejutkan orang ramai yang berada dalam kedai makanan bersebelahan, katanya. - mns_
Khamis, 21 Ogos 2008
Petugas PAS diserbu Wanita Umno
Khamis, Ogos 21, 2008
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
No comments
0 komentar:
Catat Ulasan