Rabu, 9 Julai 2008

Pikat ucap tahniah kepada DYMM Sultan Kedah

Izwan Abdul Halim
Tue | Jul 08, 08 | 3:02:57 pm MYT

ALOR STAR, 8 Julai (Hrkh) - Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat Kedah (Pikat) mempersembahkan ucapan tahniah kepada ke bawah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Sultan Kedah sempena Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan baginda.

Ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Hi-Tea Pikat Bersama KDYMM Tuanku Sultanah di Sri Mentaloon petang kelmarin, Pengerusi Pikat, Faikah Sheikh Hamzah menyatakan bahawa rakyat jelata ternanti-nanti untuk bersama menyambut detik gilang gemilang sambutan perayaan tersebut.

"Sepanjang di bawah naungan Tuanku berdua, seluruh hamba rakyat dapat hidup dalam suasana aman damai serta hormat menghormati antara satu sama lain di kalangan rakyat yang berbilang bangsa.

"Sesungguhnya, patik hamba rakyat sekalian melafazkan ucapan syukur kehadrat Allah s.w.t yang telah menganugerahkan patik sekalian Sultan dan Sultanah yang penuh perihatin serta berjiwa rakyat," sembah ucapannya.

Menurutnya lagi, keberangkatan Tuanku Sultanah pada majlis tersebut memberikan Pikat semangat untuk meneruskan usaha serta kerja-kerja amal ke arah membantu rakyat negeri ini.

"Patik juga menganggap majlis pada petang yang bersejarah ini sebagai titian silaturrahim di antara patik-patik sekalian dengan institusi DiRaja Kedah yang penuh berdaulat," lafaznya pada pengakhiran sembah ucapan itu.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah isteri Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran), Datin Salmiah Omar dan isteri Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Datin Halijah Husin. - mns_

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons