Isnin 7 Julai 2008 3 Rajab 1429 Hijrah
Izwan Abdul Halim Mon Jul 07, 08 2:28:29 pm MYT
KOTA SARANG SEMUT, 7 Julai (Hrkh) - Pemuda PAS Kedah melahirkan rasa kesal dengan pengendalian Himpunan Protes Sejuta Rakyat yang diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) di Kelana Jaya semalam. -->
Bagi pemuda Kedah, himpunan semalam tidak mencapai tujuan asal gerakan Protes yang telah digerakkan sejak tahun lalu.
Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah (DPPNK), Ustaz Musoddak Ahmad di Kompleks PAS Kedah sebentar tadi.
Menurutnya, ramai kontingen pemuda dari kawasan-kawasan yang hadir ke himpunan berkenaan turut 'memprotes' pengendalian himpunan itu semalam.
"Pemuda-pemuda dari (Kawasan) Kuala Kedah, Pendang, Sik, Merbok, Padang Serai, Sungai Petani, Langkawi dan lain-lainnya pergi untuk menyatakan protes tetapi pulang awal kerana 'memprotes' cara himpunan itu.
"November lalu himpunan Bersih telah memasuki 'gear empat' suara rakyat dan sepatutnya gelombang itu menjadikan Protes memasuki 'gear lima' tetapi semalam himpunan jadi 'gear satu'," ujarnya kecewa.
Menurutnya, rakyat sudah ada keberanian untuk turun ke jalan dan tidak bimbang kepada risiko berhadapan 'water-cannon' dan semburan kimia.
Oleh itu, menurut beliau, mengadakan himpunan di stadium seolah-olah berundur semula ke belakang.
"Bila buat himpunan macam ini, protes yang dinyatakan tidak tampak kepada umum apatah lagi pihak yang diprotes juga tidak akan rasa apa-apa," tambahnya lagi.
Beliau turut menyatakan kekesalannya kerana wujud konsert pada himpunan berkenaan.
"Rata-rata pemuda Kedah pulang setelah konsert diadakan, mereka menggelar himpunan itu bukan 'protes' tetapi 'karnival turun minyak'.
"Pemuda Kedah datang bukan untuk berhibur, mereka datang atas nama perjuangan. Jadi sebarang sekatan yang mungkin berlaku mereka sanggup hadapi," jelasnya yang turut memaklumkan DPPNK akan menghantar nota bantahan kepada jawatankuasa penganjur himpunan itu. - mks.
Isnin, 7 Julai 2008
"Ini bukan Protes tapi Karnival Turun Minyak"
Isnin, Julai 07, 2008
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
No comments
0 komentar:
Catat Ulasan