Jumaat, 11 Julai 2008

Penerbangan atas urusan istana - MB Kedah

Izwan Abdul Halim
Fri | Jul 11, 08 | 12:37:46 pm MYT

ALOR STAR, 11 Julai (Hrkh) - Berita siaran TV3 melalui Buletin Perdana semalam cuba memberi gambaran yang salah dengan mendakwa penyewaan jet peribadi oleh sebuah Kerajaan Negeri untuk ke negara jiran serta layanan protokol istana.

Sehubungan itu, Pejabat Menteri Besar dalam satu kenyataan semalam menjelaskan bahawa penerbangan tersebut adalah atas urusan istana Kedah.

Menurut kenyataan tersebut, rombongan istana yang terdiri daripada Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak dan isteri, Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara dan Toh Puan Bendahara serta Ketua Istiadat Istana Kedah, Dato' Saad Endut itu ke Brunei untuk menyembah jemputan kepada Tuanku Sultan Brunei ke Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanu Sultan Kedah. - mn

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons