Salmiyah Harun
Tue | Dec 04, 07 | 4:08:28 pm MYT
KUALA LUMPUR, 4 Dis (Hrkh)- Dr Mohamed Hayati Othman (PAS-Pendang) hari ini membangkitkan persoalan masa depan Sekolah Agama Rakyat (SAR) khususnya mengenai masa depan Maktab Mahmud yang banyak melahirkan pemimpin utama negara.
Dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat pagi tadi, Dr Hayati membangkitkan mengenai banyak SAR yang diambil oleh kerajaan negeri atau kerajaan pusat, tetapi masa depan tenaga pengajar diabaikan.
Apa yang mengecewakan, kata beliau, seramai 108 orang guru di sekolah tersebut 25 orang sahaja menjadi guru tetap lembaga, 12 orang diserap ke Kementerian Pelajaran dan selebihnya seramai 71 orang adalah guru sandaran.
Malah, katanya guru sandaran pula berkelulusan dari universiti di Timur Tengah dan ramai di antara mereka terpaksa berhenti dan mengajar di sekolah rendah dalam program JQAF.
Dalam reaksinya kepada wakil PAS itu, Timbalan Menteri Pelajaran Dato' Hon Choon Kim berkata, guru-guru yang mengajar di SAR atau negeri yang akan diserap ke sekolah agama kerajaan perlu memenuhi syarat-syarat tertentu.
Bagaimanapun, syarat-syarat tertentu itu tidak dijelaskan kepada sidang dewan.
Sebelum itu, dalam soalan asalnya, Dr Hayati meminta Menteri Pelajaran menyatakan tindakan kerajaan terhadap 'Laporan Murad' setakat ini di dalam menghadapi kemelut yang melanda sekolah agama serta masalah untuk meneruskan kesinambungan pendidikan agama di sekolah mereka.
Sementara itu, Dato' Bung Mokhtar Radin ketika bangun mencelah melahirkan kekecewaan apabila banyak sekolah aga,a kerajaan seolah-olah tidak dipedulikan kerajaan.
Katanya, banyak kemudahan utama seperti rumah guru tidak disediakan bahkan lambat mendapat peruntukan untuk membaik pulih rumah yang agak usang.
"Apakah menjadi polisi kementerian untuk memberi keperluan ala kadar kepada guru-guru," katanya.
Menjawab pertanyaan Bung Mokhtar, Hon Choon Kim tidak dapat menafikan bahawa usaha masih diteruskan untuk memberi kemudahan kepada sekolah-sekolah di pedalaman bagaimanapun berharap dalam RMK9 ini mereka di pedalaman mendapat kemudahan yang munasabah. - mr
Rabu, 5 Disember 2007
Wakil PAS bimbang masa depan guru-guru Maktab Mahmud yang dipinggirkan
Rabu, Disember 05, 2007
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
No comments
0 komentar:
Catat Ulasan