Azamin Amin
Tue | Dec 04, 07 | 3:28:30 pm MYT
"Hakim itu sendiri tidak periksa... dalam one side, hakim itu sendiri bias (berat sebelah). Hakim itu got frustrated with certain things dan dia gunakan ini untuk 'pukul' kerajaan bukannya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)..."
KUALA LUMPUR, 4 Dis (Hrkh) - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd Rashid Abd Rahman hari ini mendakwa penghakiman pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas 2001 berat sebelah malah turut mendakwa kononnya Hakim terbabit 'mempunyai agenda tersendiri' sehingga terhasilnya keputusan tersebut.
Walaupun beliau mengakui tidak tahu apa yang dinyatakan secara terperinci oleh Hakim dalam keputusan petisyen pilihan raya Pengkalan Pasir dan Likas namun beranggapan kenyataan hakim tersebut telah digunakan untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat khususnya orang kampung.
"Proses penghakiman itu saya 'tak attend' juga. Apa yang dikatakan oleh hakim, saya tak tahu. Dia boleh katalah semuanya sebab nak cerita kat orang kampung. Dia nak cerita kat orang kampung, bukan kita tak 'tu' (menang), tapi orang tipu kita.
"Pengundi hantu apa di Likas ni? Di Likas ini adalah complete 'different' isu. Bukan urusan pengundi hantu.
"Hakim itu sendiri tidak periksa... dalam 'one side', hakim itu sendiri 'bias' (berat sebelah). Hakim itu got frustrated with certain things dan dia gunakan ini untuk pukul kerajaan bukannya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," katanya ketika menyampaikan ucap utama pada Kursus Kenegaraan Institut Akhbar Malaysia (IAM) bertemakan "Media dan Pilihanraya Umum" di Universiti Malaya pagi tadi.
"That was a biased penghakiman. Semua orang bersetuju it was biased penghakiman. Dia tidak melibatkan pengundi hantu," katanya menjelaskan kedudukan kes tersebut kepada hadirin.
Kursus yang dihadiri oleh hampir seratus peserta terdiri daripada para pelajar UM dan pengamal media seperti wartawan dan penulis. Hadir sama pada sesi pertama pagi tadi ialah Ketua Pegawai Eksekutif IAM, Dato' Chamil Wariya yang bertindak selaku pengerusi majlis.
Rashid berkata demikian ketika menjawab soalan peserta yang membangkitkan kenyataan beliau yang sedia meletakkan jawatan sekiranya terbukti SPR menyeleweng termasuk dalam isu dakwat celup yang didakwa sesetengah pihak tidak kekal lama.
Peserta yang memperkenalkan diri sebagai mahasiswa UM turut mengemukakan keputusan Hakim Dato' Muhammad Kamil Awang membatalkan keputusan pilihan raya DUN Likas, Sabah pada 2001 atas alasan senarai pemilih 1998 bagi kawasan berkenaan tidak mengikut undang-undang di mana pengundi-pengundi hantu, termasuk yang bukan warganegara, telah secara bukti dibenarkan membuang undi pada hari pengundian.
Dalam penghakimannya Hakim Muhammad Kamil dipetik sebagai berkata, SPR gagal menjalankan tanggung jawab mereka dalam mengesahkan dan menggazet senarai pemilih yang mencurigakan, di samping banyak laporan yang dibuat terhadap kepincangan SPR serta pihak kerajaan bagi menjalankan siasatan terhadap wujudnya orang yang tidak mempunyai kewarganegaraan dalam senarai pemilih.
Rashid sebelum ini ketika berucap turut menyatakan bahawa sudah 25 tahun berkhidmat dalam SPR namun tidak ada bukti yang menunjukkan ada penipuan berlaku malah menyatakan bahawa BN adalah parti memerintah yang kuat dan tidak memerlukan pertolongan SPR untuk menang.
Rashid selar Harakah dan Ustaz Abdul Hadi
Beliau juga mendakwa kumpulan yang membuat tuntutan dakwat celup jari ini sebagai kumpulan yang suka memutarbelitkan isu dan kenyataan.
"Kumpulan ini selalunya dia 'twist', dia putar belitkan satu kenyataan. Dia nak dakwat kita bagi dakwat. Dakwat itu saya sendiri 'test' di jari saya. Sebulan tak tanggal lagi.
"Saya nak keluar bertengkar dengan diakah? Semua loyar buruk. Ini satu kumpulan loyar buruk. Dia 'twist' and 'turn'...," katanya menjelaskan isu dakwat yang diperkenal SPR didakwa dalam satu tulisan sebagai tidak kekal dah mudah luntur.
Dalam ucapannya yang memakan masa hampir satu jam 30 minit, Rashid turut kecewa dengan suasana manipulasi oleh kumpulan tertentu yang dianggap semakin dasyat malah turut membidas akhbar Harakah.
"....I sendiri 'get frustrated with this'. Ini manipulasi keadaan, 'just' untuk capai kemenangan dari sudut politik. Itu sebab saya tak keluar menjawab. Tak boleh jawab.
"Dia ada akhbar dia... yang amat adil... Harakah. Dia ada Harakah maki hamun kat orang. Itu adillah tu. Saya tak ada.
Di kesempatan itu beliau turut membidas Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang pernah bertemu beliau di pejabat SPR di Putrajaya tempoh hari.
"Tiap-tiap hari manipulasi amat dasyat. Meeting dengan saya di dalam, di luar cerita lain.
"...Haji Hadi datang hari tu meeting dengan saya, di luar kata ada 500,000 pengundi hantu, semuanya mengundi... orang pakai serban besar pakai jubah... macam mana ni? Kalau saya kata... orang dia akan kecik hati pulak kata tok guru dia... tak apalah biarlah dia jawab esok...," katanya mengakhiri ucapan dalam sesi soal jawab tersebut.
Rabu, 5 Disember 2007
Pengerusi SPR hina mahkamah kes Likas, dakwa Hakim berat sebelah
Rabu, Disember 05, 2007
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
No comments
0 komentar:
Catat Ulasan