Rabu, 5 Disember 2007

Perhimpunan Bersih - Polis mulakan tindakan terhadap 10 individu

Intan Abdullah
Tue | Dec 04, 07 | 5:45:49 pm MYT

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Hrkh) - 10 individu yang terlibat menyertai perhimpunan Aman Rakyat anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) pada 10 November yang dipanggil oleh pihak polis bagi membantu siasatan pada hari ini tidak dapat menghadirkan diri.

Mereka diwar-warkan telah dipanggil untuk hadir di balai polis Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPKKL) pada hari ini setelah di

Hal demikian dimaklumkan oleh peguam yang dilantik mengendalikan kes ini, Zulkarnain Luqman yang memberitahu Harakahdaily.

10 individu tersebut telah diminta hadir oleh pihak polis menerusi panggilan telefon supaya mereka menghadirkan diri pada hari ini di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPKKL).

"Kesemua mereka tidak dapat hadir disebabkan ia merupakan 'short notice' atau panggilan mengejut oleh polis, dan mereka semua perlu mengambil masa yang panjang untuk hadir," ujarnya.

Lagipun tambahnya, tidak ada sebarang notis atau surat yang dihantar secara rasmi yang meminta 10 individu terbabit hadir hari ini.

"Mungkin dengan sebab itu mereka tidak hadir, tambahan pula mereka tinggal di Kedah, Besut, Pahang dan Selangor," jelasnya lagi.

10 individu tersebut juga yang sebelum ini ditahan pada 10 November lalu semasa perhimpunan tersebut yang telah diikat jamin pihak polis telah dibebaskan pada hari yang sama dengan jaminan lisan polis.

Bagaimanapun, mereka tetap akan hadir ke IPKKL pada 10 Disember ini bagi memperbaharui tempoh jaminan yang berakhir pada tarikh tersebut.

"Kami masih tidak dapat menjangkakan apakah dakwaan yang akan dikenakan ke atas mereka semua, kerana tidak ada sebarang hitam putih," katanya ketika diminta mengulas bentuk dakwaan yang akan dikenakan kepada 10 individu terbabit.

Menurut laporan sebelum ini, 29 telah ditahan semasa perhimpunan, yang mana 24 telah dibebaskan pada hari yang sama.

Semalam, jurucakap Bersih Sivarasa Rasiah menyatakan bahawa pihaknya tidak dapat memastikan dakwaan yang akan dikenakan kepada 10 individu terbabit.

"Kita tak pasti akta mana yang akan disabitkan ke atas mereka dalam kes pada kali ini, ia mungkin atas kesalahan terlibat dengan perhimpunan haram di bawah Kanun Keseksaan atau Akta Polis," katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi KeADILan, Latheefa Koya menyatakan bahawa mereka yang akan didakwa tersebut sebahagian besarnya terdiri daripada anggota pasukan Unit Amal Malaysia yang bertugas mengawal keselamatan dan disiplin peserta perhimpunan tersebut.

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons