Isnin, 3 Disember 2007

Hapus yuran sekolah satu pembohongan!

Hapus yuran sekolah satu pembohongan!
Posted on Tuesday, November 20 @ 09:39:41 MYT by SongkokPutih



Oleh Radenjowo

Berikut adalah keratan surat yang terkandung di dalam pekeliling yang BAKAL diedarkan kepada ibu bapa disebuah sekolah di bandar, Selangor. yang membuktikan perubahan istilah YURAN kepada SISTEM PAKEJ BAYARAN TAMBAHAN.

Ibu bapa bakal menerima surat pekeliling yang sedemikian ketika sessi permulaan persekolah Januari 2008 nanti. Ini jelas menunjukkan bahawa pelupusan YURAN TAHUNAN yang dicanangkan oleh kerajaan melalui kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran memang berlaku tetapi YURAN tersebut digantikan dengan terma lain, PEMBAYARAN PAKEJ TAMBAHAN .

Merujuk kepada artikel lepas, surat PEKELILING IKHTISAS yang diedarkan ke seluruh sekolah dikatakan mengandungi keterangan tentang ketiga tiga pakej berkenaan. PAKEJ A (RM38.00) untuk sekolah bandar yang moden dan canggih, PAKEJ B (30.50) untuk sekolah bandar yang sederhana dan PAKEJ C (RM23.50) untuk sekolah dikampung. Pihak sekolah diarah untuk membalas surat pekeliling berkenaan kepada KEMENTERIAN PELAJARAN. Dan sekolah diatas telah memilih PAKEJ B, seperti yang terkandung di dalam surat berkenaan. Ini bermakna YURAN TAHUNAN yang sebelum ini berjumlah RM18.00 setahun telah dinaikkan jumlah nya dengan kaedah tidak ketara.

Rakyat Malaysia sekali lagi diPERBODOHKAN oleh penggunaan TERMA oleh kerajaan Malaysia, menyaksikan betapa penipuan ini dilakukan oleh Pemimpin Barisan Nasional untuk tujuan Pilihanraya ke 12 semata mata. Diberita kan bahawa surat kepada ibu bapa yang bertarikh pada 14 November 2007 ini hanya akan diedarkan pada awal tahun hadapan. Dan mungkinkah ini turut membuktikan bahawa Pilihanraya akan diadakan sebelum penghujung tahun 2007 ini, bagi mengelakkan rasa tidak puas hati rakyat kepada kerajaan?

Rujukan: SKBT Bil 03/03/04 /005
Tarikh: 14 NOVEMBER 2007

Kepada,
Semua Ibubapa/Penjaga Murid
Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi
Bandar Bukit Tinggi , 41200 Klang

Tuan/Puan,

KUTIPAN YURAN SESSI PERSEKOLAHAN 2008

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kerajaan Malaysia telah memansuhkan YURAN KHAS di semua sekolah Kerajaan dan sekolah Bantuan Kerajaan pada sessi persekolahan 2008 dan melaksanakan SISTEM PAKEJ BAYARAN TAMBAHAN sebagai bayaran perkhidmatan dan kemudahan dikategorikan kepada 3 Pakej. ( Surat Pekeliling Ikhtisas 13/2/2007 bertarikh 31 Oktober 2007)

- rujuk Lampiran SR

3. Jawatankuasa Pentabdiran / Kewangan sekolah telah memutuskan untuk memilih Pakej B (RM 30.50) dengan mengambil kira latar belakang sosioekonomi masyarakat setempat.

4. Selain dari ibubapa/penjaga perlu membuat bayaran kepada KEPERLUAN MURID BAGI TAHUN 2008 dan sumbangan PIBG seperti disenaraikan mengikut Tahun persekolahan.

- Rujuk Lampiran BAYARAN KEPERLUAN MURID 2008 & SUMBANGAN PIBG.

5. Ibubapa/penjaga murid boleh membuat bayaran untuk PAKEJ BAYARAN TAMBAHAN dan KEPERLUAN MURID TAHUN 2008 pada 01 January 2008 semasa HARI ORIENTASI TAHUN SATU.

Sekian untuk makluman dan tindakan. Terima Kaseh.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

Nota: Lampiran SR dan Surat Pekeliling Ikhtisas 13/2/2007 tidak disertakan salinanny

Yuran sekolah: Yang miskin terus miskin yang kaya makin kaya
Posted on Tuesday, November 20 @ 15:59:32 MYT by SongkokPutih




Oleh Radenjowo



Kerana dipenuhi dengan menteri yang cetek akalnya maka kerajaan Malaysia tidak dapat mencongak apa yang akan berlaku di masa hadapan, ataupun mereka memang sudah menjangkakan cuma usaha penukaran istilah YURAN SEKOLAH semata mata untuk menekan terus rakyat Malaysia yang sudah miskin agar terus semakin melarat. Bila melayu melarat, melayu akan berlutut pada kerajaan untuk minta simpati. Mungkin kot?

Sebelum ini, ibu bapa dan penjaga murid yang kurang berkemampuan sememang nya mendapat bantuan buku. Dengan bantuan buku, mereka mampu bernafas walaupun mereka terpaksa mengeluarkan belanja untuk buku latihan.

Kalau mengikut pengalaman sendiri, tahun lepas sahaja wak terpaksa mengeluarkan belanja kira kira RM60 untuk seorang anak dan pada tahun ini nampaknya wak terpaksa menambah belanja untuk seorang lagi yang bakal memasuki darjah satu pada sessi persekolahan tahun 2008.

Mari kita membuat perbandingan perbelanjaan antara rakyat miskin dan kaya di negara kita.

Orang kaya pada tahun 2007,

- Yuran sekolah RM18.00
- Yuran PIBG RM32.00
- Buku latihan RM 25.00
- Buku Teks RM 70.00 (Sendiri cari)
Untuk seorang murid, penjaga perlu mengeluarkan sebanyak RM145.00
(Tidak termasuk perbelanjaan harian dan pakaian kanak kanak)

Orang miskin pada tahun 2007

- Yuran sekolah RM18.00
- Yuran PIBG RM32.00
- Buku latihan RM 25.00
- Buku Teks RM 00.00 (Pinjaman)
Untuk seorang murid, penjaga perlu mengeluarkan sebanyak RM75.00
(Tidak termasuk perbelanjaan harian dan pakaian kanak kanak)

Untuk tahun 2008, Buku teks diberikan pinjaman kepada semua murid, tak kira dari golongan kaya atau miskin. Sementara untuk orang miskin, kita lihatkan perubahannya.

Orang kaya pada tahun 2008,
- PAKEJ @ YURAN RM30.50
- Yuran PIBG RM32.00
- Buku latihan RM 25.00
- Buku Teks RM 00.00 (Pinjaman)
Untuk seorang murid, penjaga perlu mengeluarkan sebanyak RM87.50
(Tidak termasuk perbelanjaan harian dan pakaian kanak kanak)

Orang miskin pada tahun 2008
- PAKEJ @ YURAN RM30.50
- Yuran PIBG RM32.00
- Buku latihan RM 25.00
- Buku Teks RM 00.00 (Pinjaman)
Untuk seorang murid, penjaga perlu mengeluarkan sebanyak RM87.50
(Tidak termasuk perbelanjaan harian dan pakaian kanak kanak)

Orang kaya 2008 (RM87.50 - RM145.00)
-
RM57.50 (Untung dan tidak tertipu)

Orang miskin 2008 (RM85.00 - RM 75)
- RM10 (Rugi malah terpedaya)

Jelas bahawa golongan sederhana dan miskin terpaksa membayar lebih untuk perubahan istilah dari YURAN TAHUN kepada PEMBAYARAN PAKEJ . Mungkin nilai RM 10.00 perbezaan untuk orang miskin adalah terlalu rendah nilainya. Tak kisah … tetapi golongan kaya yang sebelum ini membelanjakan wang untuk buku teks telah berkurang kosnya dan mereka untung sebanyak RM57.50.

Nilai RM10.00 terlalu kecil nilainya pada zaman sekarang tetapi kita tidak mengambil kira tentang, perbelanjaan harian mereka yang mencapai ke jumlah RM2.00 sehari akibat kenaikan harga barangan. Disamping itu, mereka perlu menghantar anak pergi dan pulang sekolah disamping pelbagai perbelanjaan alat tulis dan kelengkapan yang lain.

Apabila melihat kepada prestasi guru guru sekarang, ada ibu bapa yang terpaksa menghantar anak mereka ke sekolah tambahan atau tiusyen. Kalau berharap kepada sekolah sahaja mungkin tidak memadai dan kepada mereka yang tidak mampu, berserah kepada prestasi anak anak dan bertawakal.

Wak tak tahu, tapi wak termasuk di dalam golongan orang yang sederhana. Kenaikan nilai Yuran sudah cukup memeningkan kepala disamping peningkatan kos perlbagai perkara. Kita bukan hendak hantar anak kesekolah sahaja . Kita perlu membayar semua perkara dan keperluan kita. Sewa rumah, bil elektrik, talipon, air, tol dan barangan asas makanan.

Dengan ketiadaan peluang niaga dan kenaikan pangkat, dengan peningkatan kos sara hidup. Maka akhirnya simpanan dan wang pendapatan tidak mencukupi untuk menjamin masa depan anak anak, bah kan kita sekeluarga.


0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons