
BN bacul tak benar Anwar tanding pilihan rayaHelmi KhalidMon | Dec 24, 07 | 6:11:18 am MYTALOR STAR, 24 Dis (Hrkh) - Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang mencabar Perdana Menteri dan Barisan Nasional (BN) agar tidak menjadi pihak yang pengecut sekiranya mengadakan Pilihan raya Umum ke-12 sebelum tarikh mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim layak dicalonkan semula sebagai calon.Katanya, BN jadi pengecut, biar Anwar boleh bertanding, kita lawan sama-sama, (BN) jangan jadi pengecut."Dulu saya lawan, tapi Dato' Seri Anwar tak lawan, dia kena rehat (PRU-11, akibat dipenjara), sekarang Anwar dah bebas, dia dah mula turun padang, biar dia boleh lawan, kita lawan sama-sama," tegas Ustaz Hadi.Beliau berucap demikian...