Isnin, 24 Disember 2007

Pengagihan kerusi antara PAS, KeADILan di Kedah selesai

Sun | Dec 23, 07 | 3:29:25 pm MYT

ALOR STAR, 23 Dis (Hrkh) - Satu keputusan yang penuh kemesraan antara PAS dan Parti KeADILan di Kedah telah dicapai dari segi pengagihan kerusi bagi menolak BN, hanya menanti majlis menandatangani perjanjian sebelum ia diumumkan kepada rakyat.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Haji Azizan Abdul Razak berkata, pakatan ini perlu untuk merealisasikan impian menolak BN di negeri ini dan berharap semua petugas PAS menerima dengan hati yang terbuka dan terus bekerja untuk kemenangan.

Secara berseloroh ceritanya, ibarat sebatang skru, walaupun harganya mungkin tak sampai seringgit, tetapi kalau kita tak guna, boleh terkeluar roda dan kereta boleh terbabas dan terpelanting semua penumpang termasuk pemandu.

Dalam pada itu Ustaz Azizan juga berkata gelombang kuning yang dicetuskan Bersih baru-baru ini sebenarnya pernah berlaku di Filipina dan berbetulan ketika itu Ustaz Azizan bertugas di sana.

Katanya, rakyat Filipina juga ketika itu memakai baju kuning berkempen untuk menjatuhkan rejim zalim Marcos dan rakyat berjaya sebelum takhta kerajaan Filipina diterajui oleh Aquino sebelum ini.

"Sebab itulah BN takut sangat dengan kuning, dulu dengan hijau, hijau boleh tahan lagi, saya ada di sana dan itulah suasana yang akan berlaku di tempat kita," ujarnya.

Dalam ucapannya sempena Ijtimak PAS Kedah hari juga beliau menyentuh mengenai banyak lagi tanah rakyat yang akan dirampas untuk dimajukan dengan projek yang memajukan pihak tertentu sahaja.

Antaranya NCER dan Zon Industri Petroleum di Yan, yang lain belum jadi jelas Ustaz Azizan tetapi yang sudah dimulakan hanya tanaman jagung oleh Sime Darby seluas 2000 hektar di Bukit Tangga, Changloon.

"Nak tanam jagung tak perlu panggil Sime Darby, orang kampung pun boleh buat, inilah contoh kerajaan yang tidak pedulikan nasib rakyat, hasil perjuangan Umno, inilah nasib Melayu.

"Umno dulu (zaman memperjuangkan kemerdekaan) betul berjuang untuk bangsa, apa yang Umno buat untuk orang Melayu hari ini?, rakyat merempat, tanah diambil beri pada orang lain," katanya. - mns

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons