Sabtu, 23 Januari 2010

DEWAN PEMUDA PAS BALING BERJAYA DAFTAR 245 AHLI BARU

Dewan Pemuda PAS Kawasan Baling berjaya mendaftar seramai 245 orang ahli baru yang terdiri daripada pemuda .Operasi Jom Sertai PAS yang dijalankan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Baling sejak Oktober hingga November  2009 berjaya menarik minat ramai golongan muda untuk menyertai PAS. Borang permohonan itu telah diserah terus ke Pejabat Agung PAS pada bulan Disember lepas setelah sempurna urusan pengesahan di peringkat PAS kawasan.

Pada 22 Jan 2010 lepas Ketua Pemuda PAS Baling, Ust Osman Abd Hamid telah hadir sendiri ke Pejabat Agung PAS, Kuala Lumpur untuk menerima sendiri sijil-sijil yang keahlian yang telah diluluskan. Satu Majlis khas akan diadakan untuk menyerahkan sijil kepada ahli yang terlibat

Sementara itu sebanyak 70 lagi permohonan baru yang diterima masih dalam proses untuk dihantar ke pejabat Agung.


Menurut Ketua Pemuda Kawasan , Ust Osman Abd Hamid, "Kempen dibuat secara turun kecawangan dan juga himpunan PEMUDA di Cawangan dan semasa mesyuarat penyelarasan dengan cawangan pemuda sebanyak 3 kali. Turut dibuat melalui edaran pamplet dan risalah kempen ang berterusan. Pihak kami mendapati ramai golongan yang berminat untuk menyertai PAS tetapi tidak tahu saluran dan cara untuk memohon, dengan itu kami akan memperkemas mekanisma kempen dan akan berusaha dengan lebih giat lagi untuk memperbanyakkan ahli PAS dikalangan Pemuda di kawasan Baling"

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons