Selasa, 19 Januari 2010

KEDAH MUNDUR- SHAFIE AFDAL TIDAK BERADA DI REALITI SEBENAR

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah membidas kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Dato' Seri Shafie Afdal yang mendakwa Kedah mundur. Ucapan beliau yang disiar dalam akhbar Sinar Harian 19/1/2010 semasa merasmikan Konvensyen Ekonomi Melayu anjuran GABEM ,seolah-olah menafikan titah ucapan KDYMM Tuanku Sultan Kedah sempena Keputeraan baginda pada 17 /1/2010 lepas yang memuji pentadbiran kerajaan Negeri Kedah serta  usaha yang dilakukan bagi mengurangkan kadar kemiskinan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Itulah padahnya apabila orang lain bukan anak Kedah yang menerajui UMNO Kedah, mereka tidak dapat menerima realiti sebenar kemajuan yang sedang membangun negeri Kedah. Kalau beliau berkata pembangunan yang dibuat sekarang hanya meneruskan projek kerajaan BN dulu makan bermakna sejak BN dulu lagi mereka terus gagal memajukan negeri Kedah walaupun telah diberi peluang 50 tahun. Slogan Kedah maju 2010 yang sepatutnya menjadi kenyataan hari ini adalah sebenarnya sebesar-besar retorik dan khurafat yang dibuat oleh kerajaan BN. Sehingga hari ini rakyat Kedah hanya mampu melihat 'signboard' dan slogan tersebut masih lagi tersisa disese tengah tempat yang sudah lusuh. selusuh slogannya juga.

Kerajaan Kedah dibawah  Pakatan rakyat pakatan rakyat pada hari ini telah berusaha yang terbaik untuk memulihkan kelemahan yang berlaku, memperbetulkan kerosakkan yang melanda dan memajukan negeri ini supaya Negeri Kedah akan lebih maju daripada slogan Kedah Maju 2010 dan kehidupan rakyat menjadi lebih selesa dan sejahtera.

Dari Semporna ke Kuala Kedah,
Singgah membeli di Pekan Rabu,
Pengerusi UMNO Kedah orang Sabah,
Selok belok negeri kita mana dia tahu ,

-------------------------------

Sinar Harian 18/1/2010
Sultan Kedah puji pentadbiran negeri


ALOR SETAR- Corak pentadbiran Kerajaan Negeri yang baik di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan meningkatkan kualiti hidup rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum dipuji oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada titah ucapan baginda sempena menyambut Hari Keputeraan ke-82 di Istana Anak Bukit, semalam.

Baginda bertitah, corak pentadbiran Kerajaan Negeri yang mendukung tinggi prinsip keadilan tanpa mengira kaum dan agama itu amatlah dipuji dan rakyat diingatkan agar terus memelihara suasana aman damai yang membolehkan taraf hidup rakyat ditingkatkan tanpa ada sebarang ancaman atau gangguan terhadap keselamatan.

Baginda bertitah, kemudahan asas seperti prasarana, kemudahan kesihatan dan pelajaran telah disediakan di semua kawasan penempatan yang utama dan golongan yang kurang bernasib baik turut diberikan bantuan kewangan bagi meringankan perbelanjaan sara hidup.

“Skim Kifalah yang dilancarkan yang pada tahun ini dengan memberi bantuan sejumlah RM500 kepada kepada keluarga termiskin yang meninggal dunia akan dapat membantu meringankan beban bagi membiayai kos pengurusan jenazah kepada seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama,” titah baginda.

Baginda bertitah, pembinaan rumah kategori rumah mampu milik yang dilaksanakan telah memberi peluang kepada semua pihak untuk memiliki rumah yang sempurna dan mengurangkan rakyat mendiami kawasan setinggan yang tidak mempunyai kemudahan asas.

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons