Khamis, 21 Januari 2010

DEWAN PEMUDA PAS KEDAH TUBUH JABATAN PENDIDIKAN

Dewan Pemuda PAS negeri Kedah telah menubuhkan Jabatan Pendidikan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah. Penubuhan ini bagi menggantikan Lajnah Pendidikan yang sedia. Memandangkan Dewan Pemuda PAS Kedah sekarang sedang mengendalikan 3 buah pusat pendidikan antaranya Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU)di Telok Bagan Alor Setar,Sekolah Integrasi Faizin (SAIF)di Guar Chempedak  dan yang terkini Sekolah Menengah Agama Al Baqiyatus Solihat di Kg. Ranggut Langkawi yang memulakan sesi pengajian awal Januari tahun ini.

Ust. Mohamad Ismail telah dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pendidikan ini dan beberapa orang Ahli Lembaga Pengarah turut dilantik. Buat masa ini urusan pentadbiran akan berjalan di Lot Kedai, Kompleks PAS Kedah  dan seorang Setiausaha Kerja tetap telah diambil untuk mengendalikan urusan pentadbiran.

Di samping pusat pendidikan yang berada di bawah Dewan Pemuda PAS Kedah, Jabatan ini juga turut menyelia beberapa buah sekolah agama rakyat yang lain yang berada di Bawah Hal Ehwal Sekolah Agama Rakyat (HESA).

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons