Rabu, 29 April 2009

PERMOHONAN ZAMBRY DIISYTIHAR MB SAH DIMAHKAMAH PERSEKUTUAN DITOLAK OLEH HAKIM

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Zambry supaya diisytiharkan sebagai MB yang sah. Keputusan itu dibuat oleh kelima-lima hakim. Dalam penghakiman tersebut, mereka sebulat suara berpendapat kes itu perlu dirujuk dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi bukan Mahkamah Federal.

Nampaknya jalan pintas yang cuba diguna oleh Zambry melalui peguam-peguamnya telah dipintas juga oleh para hakim yang arif lagi bijaksana. Zambry gagal menggunakan Mahkamah Persekutuan untuk mengisytiharkannya sebagai MB yang sah. Dia berbuat demikian sebab tertekan dengan gelombang rakyat yang tidak mengiktiraf sebagai MB yang sah di Perak. Kemana sahaja dia pergi rakyat mencemuhnya dan mengelar MB haram.

Dalam kes yang difailkan oleh Zambry pada beberapa hari yang lepas, beliau menuntut Mahkamah Persekutuan untuk mentafsir:

1) Samada Sultan Azlan Shah mempunyai kuasa menolak permohonan Nizar untuk membubarkan DUN apabila beliau hilang kepercayaan DUN.

2) Apabila Sultan tidak mempersetujui permintaan Nizar, adalah dianggap Nizar dan EXCOnya telah meletak jawatan.

3) Apabila Nizar tidak mahu meletak jawatan, Sultan mempunyai hak untuk melantik Zambry berdasarkan Artikel 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, selepas Sultan berpuas hati Zambry mendapat kepercayaan DUN.

Zambry mahu Mahkamah Persekutuan membuat pengiktirafan bahawa beliau merupakan Menteri Besar Perak yang sah dari tarikh perlantikannya iaitu 6 Februari 2009. Zambry membuat permohonan kepada Mahkamah Persekutuan untuk mentafsir Artikel 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Dengan itu, kes permohonan Zambry bagi mengisytiharkannya sebagai MB yang sah akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
Tuesday, April 28, 2009

Posted by MisbahulMunir at 1:36 PM 27 comments
ALLAHYARHAM YB HJ ROSLAN SHAHROM DITARIK BALIK KEMUDAHAN SEBELUM DITAMATKAN
PERKHIDMATAN OLEH PEGAWAINYA SENDIRI

Saya lama nak cerita kisah ini, tapi lupa dan tak pernah ingat. Bila saya bersembang dengan pembantu peribadi Almarhum YB Roslan dalam perjalanan pulang dari ceramah di Pahang semalam, saya teringat kembali. Supaya tak lupa saya terus tulis pagi ini juga.

Beberapa hari setelah Zambry angkat sumpah sebagai MB haram di istana tempoh hari, Almarhum YB Roslan ada di kediaman MB bersama saya dan rakan-rakan yang lain. Menjelang petang, beliau mahu pulang ke rumahnya di Kg. Changkat Larang. Beliau telepon pemandu supaya mengambilnya di kediaman MB. Pemandu beliau mengatakan bahawa pihak pengurusan Yayasan Perak tidak lagi membenarkan YB Roslan menggunakan khidmat pemandu dan kereta rasmi Yayasan Perak kerana kerajaan dan MB sudah bertukar. YB Roslan adalah Pengerusi Yayasan Perak yang dilantik oleh MB kerajaan PR negeri Perak. Perlantikannya adalah sah, dah tempoh perkhidmatannya adalah selama dua tahun atau sehingga ditamatkan perkhidmatan oleh pihak berkuasa negeri melalui notis.

Saya tidak tahu apa peraturan yang diguna pakai oleh Pengurus Besar Yayasan Perak yang terus memberhentikan semua kemudahan yang diperolehi oleh YB Roslan sebagai Pengerusi Yayasan Perak hanya kerana kerajaan sudah bertukar, siapa pula yang mengeluarkan notis penamatan perkhidmatan ketika itu ?.

Pengurus Besar tidak pula besar sangat kuasanya sehingga boleh menamatkan perkhidmatan YB Roslan sebagai Pengerusi Yayasan Perak, menghalang pemandunya terus berkhidmat, menarik balik kemudahan kereta yang diguna oleh Pengerusi dan memberhentikan terus pemberian elaun bulanan kepada YB Roslan serta merta. Saya tidak terfikir sebodoh itu seorang Pengurus Besar yang dibayar elaun hampir 10 ribu sebulan. Dengan tindakannya itu, confirm sungguhlah dia tak cerdik sangat.

Dia ada juga datang ke pejabat berurusan dengan saya, sempat juga bercerita mendedahkan sedikit sebanyak penyelewengan-penyelewengan pengerusi-pengerusi terdahulu tetapi apabila diminta untuk mendedahkan tidak berani pula mendedahkan secara terbuka. Melalui dia, Yayasan Perak ada minta balak dan mohon saya panjangkan kepada MB untuk kelulusan. Saya beritahu, saya hanya boleh panjangkan kepada MB, terpulang kepada pihak MB untuk meluluskannya. Yayasan Perak waktu itu tidak berduit, dia boleh kata pada saya, kalau ada jaminan MB luluskan permohonan balak, dia boleh ambil dulu pendahuluan dari taukeh. Saya terfikir, macam ini ke cara dia mengurus Yayasan Perak. Lantas saya kata tak betul cara macam tu.

Sehinggalah hari kematiannya, YB Roslan tidak lagi bertugas sebagai Pengerusi Yayasan Perak. YB Roslan sangat baik orangnya, walaupun tindakan ini dianggap menghina dan menafikan haknya, tidak ada pula dalam fikirannya mahu mengambil tindakan walaupun kawan-kawan ada bagi pandangan supaya saman.

Walaupun MB baru Perak diantik, bukan bermakna gugur jawatan YB Roslan sebagai Pengerusi Yayasan Perak secara automatik. YB Roslan tetap sebagai Pengerusi Yayasan Perak sehingga perkhidmatannya ditamatkan atau tempoh perkhidmatannya tamat. Tak kanlah secepat itu pula MB haram itu keluarkan notis menamatkan perkhidmatan.

Sebelum YB Roslan mengambil alih tugas daripada Pengerusi yang lama, Pengerusi yang lama tetap menjalankan tugas, dan beliau sering berjumpa dengan MB bagi melaporkan perkembangan terkini Yayasan Perak walaupun kerajaan dan MB telah bertukar. Beliau masih menggunakan kemudahan-kemudahan sebagai Pengerusi sehinggalah notis penamatan tugas dikeluarkan oleh MB. Nota serahan tugas turut diadakan di Pejabat MB antara Pengerusi lama dengan Pengerusi yang baru dengan disaksikan oleh MB. Cukup profesional.

Yang saya hairan, perkara itu tidak pula berlaku di lain-lain anak syarikat kerajaan negeri yang pengerusinya juga dilantik oleh MB Pakatan Rakyat. Mereka terus berkhidmat dengan baik sehinggalah sekarang. Menjalankan mesyuarat macam biasa.

Saya dedahkan isu yang sudah lama ini sekadar memberitahu bahawa ramainya manusia yang suka bermuka-muka, sewaktu kita ada kuasa, dia cuba tunjuk baik, sokong PR, puji MB melambung tinggi, macam-macam lagi. Bila kita hilang kuasa sahaja, dia terus tonjolkan siapa dirinya yang sebenar lalu buat tindakan bodoh hentikan semua kemudahan sebelum notis penamatan perkhidmatan dikeluarkan oleh pihak berkuasa negeri.

Alhamdulillah, kerajaan PR menunjukkan contoh terbaik dalam amalan pentadbiran, dalam rekod kita selama 11 bulan tidak ada pegawai kerajaan yang dizalimi tanpa sebarang sebab. Saya akan dedahkan lagi dalam blog ini contoh-contoh amalan pentadbiran kerajaan BN selama baru 3 bulan mengambil alih kuasa tetapi melakukan tindakan yang tidak profesional.
Posted by MisbahulMunir Saya lama nak cerita kisah ini, tapi lupa dan tak pernah ingat. Bila saya bersembang dengan pembantu peribadi Almarhum YB Roslan dalam perjalanan pulang dari ceramah di Pahang semalam, saya teringat kembali. Supaya tak lupa saya terus tulis pagi ini juga.

Posted by MisbahulMunir

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons