Memaparkan catatan dengan label najib. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label najib. Papar semua catatan

Rabu, 12 Ogos 2009

NAJIB GILAP IMEJ UNTUK PRU 13, PAS PERLU BERSEDIA

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

JENERI: Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar mengingatkan agar seluruh jentera Pakatan Rakyat diperkemas dan diperkasakan bagi menghadapi kemungkinan Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dijangka diadakan lebih awal.

Menurut Mahfuz, asas itu dilihat berdasarkan keadaan ketika ini di mana Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sedang membuat persediaan tersebut dengan menggilap imejnya di mata masyarakat Malaysia dan juga dunia antarabangsa bagi meraih keyakinan kepada beliau.

Hal itu ujar beliau, termasuk 11 perkara yang diumumkan Najib sempena 100 hari pentadbirannya dan dana besar Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) sebanyak RM10 bilion.

“Sedangkan tidak ada sebarang kesan kewangan yang kerajaan perlu bayar kepada AS1M kerana rakyat yang memberi duit kepada kerajaan di mana kerajaan menjual (saham) dan rakyat membelinya.

“Jadi RM10 bilion itu, mereka (kerajaan) yang dapat dan setahun selepas itulah baru diberi keuntungan atau dividen kepada rakyat (pemegang saham).

“Tetapi semua ini dimainkan di media dengan menunjukkan bahawa dia (Najib) sedang memberi sesuatu kepada rakyat,” ujar beliau ketika ditemui Harakah selepas menyampaikan ceramah pada Sambutan Jubli Perak PAS Kawasan Sik di Dataran Kompleks PAS Kawasan Sik, Kampung Sungai Pau, di sini 2 Ogos lalu.

Kata Mahfuz, beliau yakin Najib tidak akan melepaskan peluang tersebut jika prestasinya dilihat baik dan tidak perlu menunggu lama yang memungkinkan prestasinya kembali susut.

Apatah lagi katanya, kajian MerdekaCentre sebelum isu kematian misteri Teoh Beng Hock menunjukkan imej Najib meningkat.

“Tapi mereka tentunya akan cari jalan selepas isu Teoh ini untuk mengembalikan keyakinan masyarakat dan rakyat kepada mereka dan cuba memberikan imej negatif kepada Pakatan Rakyat. Soal dia (Najib) akan dapat atau tidak imej tersebut, itu perkara kedua.

“Tetapi dia buat itu ke arah untuk pastikan pilihan raya itu cepat. Kalau dia dapat, dia tidak perlu tunggu lama untuk buat pilihan raya dalam tempoh yang saya percaya ia akan disekalikan dengan pilihan raya negeri Sarawak.

“Kerana ada juga pandangan-pandangan dari para pemerhati politik, kalau pilihan raya Sarawak didahulukan, sedangkan perkembangan politik di Sarawak tidak merangsang kepada BN, dibimbangi kesan yang kononnya perbelanjaan besar diberi kepada Sarawak dan Sabah tetap tidak menguntungkan BN,” hujah Mahfuz yang turut menjelaskan bahawa kekalahan di Sarawak akan memberi kesan politik hingga ke Semenanjung.

Oleh itu tegasnya, Najib sedang menggilap imej tersebut untuk kemungkinan melaksanakan pilihanraya serentak.

Ujarnya, beliau menjangkakan PRU-13 tersebut akan diadakan selewat-lewatnya pada hujung tahun depan iaitu penggal akhir untuk pilihan raya negeri Sarawak di mana Najib amat memerlukan mandat baru atas namanya.

Oleh itu Mahfuz menyeru seluruh jentera Pakatan Rakyat diperkemas dan diperkasakan mulai saat ini.

Isnin, 27 April 2009

Demi politik, Najib gadai Islam

Irwan Muhammad Zain
Mon | Apr 27, 09 | 2:59:35 pm MYT

KUALA LUMPUR, 27 April (Hrkh) - Demi 'survival' politik, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak sanggup mengadai kepentingan agama Islam.

Keputusan kabinet yang membenarkan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama merupakan petanda jelas Umno sanggup mengadaikan agama semata-mata kerana mahu mendapatkan sokongan masyarakat bukan Melayu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar menegaskan selama ini Najib dan pemimpin Umno yang lain sering menuduh PAS mengadaikan agama Islam bila bekerjasama dengan DAP tetapi keputusan kabinet itu membuktikan sebaliknya.

"Ini bukti bahawa yang mengadaikan agama Islam untuk kepetingan politik adalah Umno bukan PAS kerana kita (PAS) komited dengan perjuangan menegakkan Islam.

"Mereka (Umno) menuduh kita (PAS) mengadaikan agama di Perak bila memberi tanah kepada penduduk Kampung Baru yang terdiri masyarakat Cina dan juga kepada sekolah Cina sedangkan apa yng kita lakukan itu adalah demi keadilan yang dituntut oleh Islam," tegas beliau.

Mahfuz juga menegaskan keputusan kabinet itu bertentang dengan pasal 12(4) perlembagaan persekutuan yang mengizinkan salah seorang ibubapa menentukan agama anak.

Keputusan tersebut tegas beliau menafikan hak bapa atau ibu untuk menentukan agama anak-anak mereka jika berlaku perpisahan.

Mahfuz juga menegaskan keputusan kebinet itu mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab kerajaan untuk memberi perlindungan terhadap orang yang menukar agama.

Sehubungan dengan itu beliau mendesak agar kerajaan segera membatalkan keputusan tersebut untuk menghormati perlembagaan negara.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mendesak supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Jamil Mohd Khir yang dipertanggung jawabkan menjaga hal ehwal agama Islam agar segara tampil membuat pembelaan dalam isu ini.

Pada 23 April lalu, kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak memutuskan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat kabinet pada tarikh tersebut. - mks. _

Rabu, 3 September 2008

Kenapa UMNO Perlu Meminta Maaf?

Nuffnang Ads

Najib mintak maaf..


Oleh
khairulfaizi

"a
Isu kenyataan Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera yang mengeluarkan satu kenyataan di dalam ceramahnya bahawa masyarakat Cina adalah kaum pendatang di Negara ini dan tidak berhak diberikan hak sama rata di Malaysia berakhir setakat ini dengan permohonan maaf daripada UMNO melalui Timbalan Presidennya Datuk Seri Najib Razak.

Najib menyebut bahawa walaupun kenyataan itu tidak dibuat oleh parti tetapi dibuat oleh seorang pimpinan UMNO di peringkat bahagian namun UMNO perlu memohon maaf kerana ianya tidak wajar diucapkan dan UMNO begitu kesal dengan kenyataan tersebut.

Kenyataan tersebut dibuat ketika menjelangnya pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh yang baru berlalu. Najib berharap agar kenyataan seperti itu tidak akan diulangi oleh kepimpinan UMNO.

Saya cuba merasionalkan diri untuk menerima permohonan maaf tersebut namun saya masih lagi belum mampu untuk menerima penyataan tersebut. Bukan kerana permohonan maaf tersebut dibuat oleh Najib yang mewakili UMNO tetapi apakah permohonan maaf itu perlu dilakukan sedangkan sememangnya isu perkauman menjadi senjata UMNO?

Ketika rombongan saya daripada Johor bertandang ke salah sebuah rumah pengundi di Permatang Pauh baru-baru ini, kebetulan dua orang pemimpin UMNO yang tiba dilokasi yang sama dengan kami. Perkataan pertama yang terpacul daripada mulutnya adalah

“Sekarang ini Melayu sudah berpecah dan tengok orang Cina sudah kuasai”.

Dalam satu ceramah kelompok saya hadiri yang dianjurkan oleh UMNO dan salah seorang penceramah pada malam tersebut telah menyebut isu perkauman. Penceramah yang mendakwa bekas exco pemuda UMNO Selangor telah menunjukkan kepada pendengar sekeping poster yang katanya telah diedarkan oleh PKR dalam kempen pilihanraya tersebut dengan membariskan tiga orang Timbalan Perdana Menteri daripada kaum Cina. Beliau menyebut;

“Ini adalah bukti bahawa Anwar mahukan orang Cina sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Adakah tuan-tuan ingin memberikan kemenangan kepada beliau?”

Kempen UMNO di sepanjang pilihanraya kecil ini sememangnya banyak menggunakan isu perkauman untuk menarik simpati orang Melayu supaya mengundi calon UMNO/BN dan menolak calon PKR/PR. Saya kira, ia adalah senjata UMNO yang sudah cukup sebati dengan UMNO Cuma sebelum ini ia tidak begitu ketara diperlihatkan kepada umum. Namun, apabila UMNO terasa cukup tertekan dengan penolakan kaum bukan Melayu kepada UMNO/BN di dalam pilihanraya umum yang lalu, isu perkauman yang selama ini cuba diselindungkan sudah tidak dapat dipertahankan lagi.

Lebih-lebih lagi, slogan UMNO pun sudah membayangkan sikap UMNO. UMNO cukup sebati dengan slogan HIDUP MELAYU, HIDUP MELAYU, HIDUP MELAYU. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana keadaannya jika MIC pula menggunakan slogan HIDUP INDIA dan MCA pula dengan slogan HIDUP CINA.

Berbalik kepada isu permohonan maaf daripada UMNO terhadap kenyataan Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera. Saya tidak pasti Najib Razak sememangnya memohon maaf di atas keputusan UMNO ataupun ia adalah permohonan maaf yang dibuat secara peribadi oleh beliau kerana kenyataan Najib ada kalanya perlu kita was-was. Apa tidaknya, Najib pernah mengeluarkan kenyataan bahawa sumpah Saiful Bukhari tidak ada kena-mengena denga Barisan Nasional tetapi dia sendiri yang bekempen di Permatang Pauh tentang isu liwat ini. Bukan setakat itu sahaja, Najib juga dengan tanpa diundang melakukan sumpah bahawa dia tidak kenal dengan Altantuya.

Maka, dengan kenyataan seperti ini kita boleh meletakkan keraguan bahawa kenyataan maaf ini adalah kenyataan maaf daripada UMNO. Bukan apa, saya bimbang apabila ia bukannya permohonan maaf daripada UMNO maka sudah tentu ahli-ahli UMNO yang sanggup bermati-matian demi UMNO sehinggakan ada yang sanggup menunjukkan aksi ‘liwat-meliwat’ ketika kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh akan merasa kecewa dengan pernyataan Najib ini. Ketika kempen berlangsung kepimpinan UMNO sibuk bercakap tentang masa depan Melayu tetapi bila diasak oleh parti komponen BN, permohonan maaf pula yang dilakukan.

Kesimpulannya, UMNO sudah nazak dan menunggu masa untuk ditarik nyawa-nyawa ikannya itu. Mulut sudah tercungap-cungap, nafas tersekat-sekat dan mata terkebil-kebil menunggu masa untuk nafas terakhir dihembuskan. Mengharapkan pengundi Melayu kembali kepada UMNO tidak berjaya, mengharapkan pengundi Cina memberikan sokongan tidak berupaya dan mengharapkan pengundi India memberi bantuan tidak kesampaian.

Permohonan maaf ini sebenarnya membuktikan bahawa UMNO sudah tidak relaven lagi!

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil

3 September 2008, 1.12 pagi

http://www.minda-kembara.com/



Rabu, 25 Jun 2008

MUKA NAJIB PUCAT KETIKA JAWAB SOALAN MEDIA

Dilulus terbit pada Wednesday, June 25 @ 16:54:17 MYT oleh greenboc

Artikel Oleh SOFIWAHAB

"A
Muka Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak pucat lesi dan berubah ketika menjawab soalan media berhubung dakwaan dalam akaun bersumpah Raja Petra yang menyatakan mendakwa Rosmah bersama dua lagi berada di tempat kejadian sebelum wanita Mongolia itu diletupkan.

Nampak jelas Najib tidak senang dengan pertanyaan wartawan tentang dakwaan Raja Petra tersebut. Tidak perlulah Najib takut kalau 'Intan Payung'nya dan dirinya sendiri tidak bersalah. Difahamkan 'Intan Payung'nya telahpun dipanggil Polis untuk memberi keterangan.
Apa yang pasti teman rapatnya dan pengiringnya telah pun didakwa. Sehingga kini motif pembunuhannya masih menjadi tanda tanya orang ramai.


Raja Petra, dalam akuan bersumpahnya 18 Jun lalu, mendakwa Rosmah bersama dua lagi berada di tempat kejadian sebelum wanita Mongolia itu diletupkan. Najib dan isterinya beberapa kali menafikan pembabitan mereka dengan kes ini, yang masih dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

AKAUN BERSUMPAH RAJA PETRA di
SINI

Pengendali blog Malaysia Today itu juga mendakwa perdana menteri menerima maklumat tentang pembabitan tiga individu itu, termasuk Rosmah, dan menyerahkan laporan perisikan kepada menantunya dan juga naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Bagaimanapun, semalam, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menafikan ada menerima laporan bertulis daripada perisikan tentera mengenai mereka yang terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya.Abdullah dilaporkan berkata: "Memang saya concern (dengan dakwaan Raja Petra). "Perbuatan Raja Petra itu tidak boleh diterima. Sebab apa yang dia nyatakan itu adalah sesuatu yang tidak betul.

"Terutamanya dalam surat itu (akuan berkanun Raja Petra) disebut yang saya dah diberi satu laporan mengenainya dari pihak perisikan tentera."Itu tak betul," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan jawatankuasa khas mempertingkatkan daya saing kelapa sawit di bangunan Parlimen.
"

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons