Khamis, 19 Februari 2009

Antara skandal seks dan skandal rampasan kuasa

Fahri Abdullah al-Masri

Satu hal yang mesti kita ingat dan jangan lupakan sampai bila-bila, ialah Umno parti politik. Dan orang-orang yang mengemudikan parti itu sentiasa dahagakan kuasa. Ia parti yang kununnya berjuang demi agama, bangsa dan tanahair. Kununnya begitulah!
Iklan
Tetapi, kalau orang-orang parti itu berjuang demi agama, dah lama industri judi, arak dan pelacuran di negara kita ini menjadi malap, suram dan akhirnya termansuhlah sudah.

Jadi.. perjuangan alif, ba, ta (agama, bangsa dan tanahair) itu nampak tetap kekal sebagai slogan dan seruan sifar. Tiada maknanya. Biar yang mengemudikan parti itu cucu mufti, wali, bergaul pula dengan Syeikh Al-Azhar, Dr. Muhammed Sayyid Tantawi, namun hal itu bukanlah menjamin bahawa agama Islam tertegak di atas pundak mereka.

Sekadar contoh, 'mendalamnya' pengetahuan Islam Abdullah Ahmad Badawi tidak akan menyebabkan Palestin terbebas. Demikianlah juga, tingginya pengetahuan Dr Muhamad Sayyid Tantawi, namun.. tidak berani dia menegur Hosni Mubarak agar Mesir membantu rakyat Palestin yang tertindas di Gaza.

Sedangkan, tesis disertasi Tantawi memang berkait rapat dengan kajian Bani Israel dalam al-Quran. Mustahil Tantawi tak fasih mengenai gelagat kelaku Yahudi Zionis Israel? Jadi hanya satu sebab sahaja Tantawi tidak menegur Hosni Mubarak. Iaitu beliau dilantik oleh Hosni sebagai Syeikhul Azhar. Kerana kuasa, tangan terikat dan mulut pun tertutup.

Di negara kita pun apa bezanya. Agamawan mahu memberi saranan pun takut-takut juga. Maklumlah.. mereka pun diangkat oleh istana. Mungkin, satu-satunya mufti yang berani, adalah Syeikh Abdul Jalil al-Mahdani yang berani mengarang beberapa peraturan kepada istana dan menyusun adab perilaku kepada para menteri. Tapi, ttu mufti terdahulu.

Ringkasnya, orang-orang yang baik ini ada juga penakutnya. Malah.. ada hadis nabi yang menyebutkan bahawa agama Islam itu tertegak oleh pemuda yang nakal pula. Berhubung hal ini, silakan rujuk kepada agamawan yang lebih arif.

Baiklah.. cakap panjang pun tak guna. Mari kita kembali kepada tajuk bualan asal. Iaitu.. perihal Umno sebagai parti politik yang akhir kepada matlamatnya adalah kuasa.. kuasa.. dan kuasa. Umno tidak peduli alif, ba, ta. Yang penting sebenarnya ialah KUASA!

Hal ini harus diingati dan biarlah tersemat dalam pemikiran rakyat sampai bila-bila. Parti-parti ini akan berjuang merebut undi rakyat kerana dahaga kuasa dan lapar pemerintahan. Setiap inci isu diputar agar kiblat undi, kompas sokongan rakyat akan beralih arah.

Kalau mereka katakan bahawa mereka berjuang untuk bangsa, nescaya bangsa kita sudah lama terlepas bebas daripada belenggu penyalahgunaan dadah, hutang piutang along serta pelbagai masalah lain lagi yang melingkari kehidupan mereka.

Kalau mereka mendakwa bahawa mereka berjuang untuk tanahair, kenapa tanah-tanah di Johor telah terjual dan Pulau Batu Putih terlepas kepada Singapura? Jadi ini semua slogan sifar. Moga kita semua jelas bahawa semua matlamat parti ini adalah KUASA dan semua seruan bahawa perjuangan menegakkan agama, bangsa dan tanahair itu tipu sahaja.

Tidak jujur mendapatkan kuasa!
Setelah kita meyakini ketidakjujuran manusia parti, maka hendaklah kita memahami iaitu ketidakjujuran dalam perjuangan itu ada petandanya yang boleh dilihat iaitu sikap mereka mengguna isu-isu tertentu guna mendapatkan kuasa, atau merebut kuasa yang hilang.

Alkisahnya.. tersebutlah perkataan seorang Exco Selangor yang ditimpa musibah ekoran gambar peribadinya yang tersiar seantero pelusuk dunia.

Memang kehidupan bersosial dan berzina itu tidak manis. Tapi, lagi tak manis jika tujuan penyebaran itu ada kaitan dengan hasrat menakluk kuasa di Selangor. Maklumlah, Sultan Selangor ada hubungan saudara dengan Sultan Perak, justeru Umno mula jalankan jarum mereka guna meruntuhkan kekuasaan PR di Selangor pula. Bukannya rakyat tak tau!

Sepertimana hal yang kita bangkitkan tadi, parti-parti ini, dalam kepala mereka cuma nak kuasa sahaja. Umno pun bukan soleh serta warak sangat dalam hal-ehwal kehidupan seks mereka ini. Skandal mantan Ketua Menteri Melaka dulu tu apa cerita?

'Skandal seks' dalam al-Quran?
Sebenarnya.. 'skandal seks' (dengan izin menggunakan istilah ini buat sementara) dalam kalangan pembesar pernah dirakam Tuhan di dalam al-Quran sebagai iktibar.

Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan perempuan itu pun menutup pintu-pintu lalu berkata: "Marilah ke mari, aku bersedia untukmu". Yusuf berkata: "Aku berlindung dengan Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memeliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya."

Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya, dan Yusuf pula timbul keinginannya kepada perempuan itu kalaulah dia tidak menyedari peringatan Tuhannya (mengenai kejinya zina). Demikianlah (takdir Kami) untuk jauhkan dari Yusuf hal-hal yang tidak baik dan perbuatan-perbuatan yang keji, kerana sesungguhnya dia dari hamba-hamba Kami yang dibersihkan dari segala dosa. [Yusuf: ayat 23, 24]

Lihatlah bagaimana pintu-pintu rumah agam pembesar ditutup rapat dan Nabi Yusuf juga hampir terjebak dengan godaan wanita yang maha dahsyat itu. Tetapi, dengan rahmatNya maka Yusuf a.s terselamat daripada godaan tersebut.

Walaupun 'skandal' itu menyebabkan Yusuf a.s terpenjara dengan sebab dosa yang bukan miliknya, namun adakah 'skandal' itu menyebabkan baginda tidak layak mendapat kuasa? Sekali-kali tidak! Malah, selepas bebas daripada hukuman, Yusuf diberikan jawatan.

Umno berfikir dalam rangka fikiran yang bukan Islamik. Umno berharap rakyat menolak pimpinan PR yang terjebak dengan skandal yang seumpama ini. Umno bukan berdukacita ke atas skandal itu atas nama keimanan dan ketaqwaan mereka. Umno tidak jujur.

Najib, Hishammuddin dan juak-juaknya tidaklah tergolong dalam kumpulan yang berdoa, "Ya Allah.. apa nak jadi dengan PR? Jatuhkanlah atau berikanlah pedoman kepada orang-orang PR agar tidak terlibat dengan skandal supaya mereka dapat berikan contoh baik ke atas bangsa Malaysia ini."

Najib, Hishammuddin, Khir Toyo, Khairy dan juak-juaknya malah gembira dengan hal ini kerana ia boleh diangkat sebagai peluru guna menembak musuh politik mereka.

Mereka hanya berminat dengan skandal itu dengan harapan mereka akan mendapat kuasa semula. Itu sahaja. Mereka pun tidak berdoa dengan jujur kerana diri mereka sendiri telah terpalit dengan skandal tersebut dan salah laku moral.

Bergurulah kepada Chua Soi Lek
Chua Soi Lek yang jatuh akibat skandal seks pun boleh dinobat semula sebagai pimpinan parti. Tetiba Umno berlagak suci, bagaikan malaikat dan wali keramat untuk menyatakan bahawa rakyat perlu menolak pemimpin yang tidak bermoral. Apa kes?

Saya bukannya sokong exco PR itu mentang-mentang dia daripada Pakatan Rakyat. Salah tetaplah salah. Tetapi salah Umno bukan sedikit. Kes skandal seks pimpinan Umno tu apa cerita? Cubalah cakap jujur sikit. Kalau kalian mahu rampas kuasa di Selangor sekali pun cubalah cari isu lain dan janganlah dijolok istana Selangor.

Umno pun tahu bahawa rakyat di negara ini cukup prihatin dengan soal moral dan sensitif soal agama. Umno tahu 'mood' rakyat Malaysia yang selalu berkata bahawa mereka ingin ketua yang bermoral dan memegang prinsip agama.

Jika tidak percaya.. lepas ini lihatlah akan ramai umarak Melayu Harbi wal Hadhari yang berfatwa bahawa rakyat mesti tolak kepimpinan yang tidak bermoral dan pemimpin yang terlibat dengan skandal-skandal seks itu.

Sesekali cubalah berguru dengan Chua Soi Lek. Kenapa pula skandal beliau bukan alasan untuk tidak menerajui partinya? Apa kata Hishammuddin dalam skandal terbaru ini?

"Rakyat akan menentukan tindak-tanduk mereka. Dan.. kalau sekiranya telah dirakam dan sebagainya, akhirnya kedudukan pemimpin berkenaan akan dinilai oleh rakyat.

"Jadi, bagi kita yang diberikan amanah itu, kalau nak buat sesuatu berhati-hatilah.., " kata beliau dengan senyum sindir yang melebar hingga ke telinga. Beliau terlupa mengulas hal skandal sepupunya di Port Dickson tidak lama dahulu.

Kalau Umno berani, cuba bertanya Najib.. apa yang terjadi saat manisnya di Port Dickson dahulu? Itu pun, kalau berani la..

Skandal seks atau hal peribadi bukanlah alasan terkuat untuk menolak kepimpinan. Kalau Umno menggunakan hujah ini untuk menolak kepimpinan PR, ia bukannya didorong oleh rasa tanggungjawab dan moral, tapi kerana PR itu adalah musuh politiknya. Itu saja.

Ringkasnya, Umno tak jujur dalam kes ini dan kata-kata serta hujah mereka di dalam kes skandal ini tertolak, tidak terpakai kerana ketidakjujuran mereka itu.

Kita boleh menolak pemimpin serta kepimpinan yang tidak jujur dan tidak amanah dalam mengawal wang peruntukan rakyat, wang zakat, cukai-cukai untuk pembangunan negara. Kita tolak penguasa yang mengguna wang kita untuk meletupkan wanita Mongolia.

Rakyat tak boleh menolak seseorang pemimpin itu, hanya kerana beliau ada citarasa yang cukup tinggi ke atas wanita Mongolia. Hal itu tak mengapa. Kita pun faham.. Sesetengah pemimpin memang punya citarasa tinggi. Ada juga yang punya citarasa Kemboja.

Cinta bukanlah suatu dosa atau jenayah. Yang salah ialah penyalahgunaan cinta. Cinta itu bagaikan dadah dan bom C4. Kewujudan dadah dan bom C4 bukanlah dosa jenayah. Tapi penyalahgunaan dadah dan penyalahgunaan bom C4 itulah dosa atau jenayahnya.

Menikahi wanita termasuk wanita Mongolia adalah sunah. Membunuh mereka itu bid'ah, kerana perbuatan itu tak termasuk dalam tindakan para nabi dan rasul-rasul. Penguasa ada pilihan memiliki dan menyintai mereka lalu bersabar menangani sikap mereka yang suka menagih wang komisen kapal selam, duit dan harta. Itu memang lumrah biasalah.

Cuma, bagaimana cara beliau mahu menangani citarasa isterinya yang gemar bermewah-mewah dan berbelanja sehingga membazirkan wang rakyat, hal itu perlu kita bangkitkan segera di dunia agar dirinya terselamat di akhirat kelak.

Seseorang pemimpin yang berketurunan wali dan mufti tidak boleh dipersalahkan jikalau beliau punya citarasa dan estetika tersendiri ke atas wanita Serani. Itu semua adalah suatu nikmat citarasa pemberian Tuhan adanya. Nikmatilah segala citarasa itu seadanya ia.

Tapi.. janganlah terlibat dengan skandal, penyalahgunaan duit rakyat untuk kegiatan yang tidak berfaedah kepada umat secara keseluruhan. Najib amat terkenal dengan skandal kes yang seumpama ini.

RM 1 juta untuk Golf Remaja? Gila ke?
Baru-baru ini, Najib berucap di sebuah padang golf dalam program penyampaian hadiah sempena majlis penutup pertandingan Golf Terbuka Maybank Malaysia.
6:59 a.m, 17 Februari
Sekolah Pemikiran Kg Baru _

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons