Ahad, 15 Februari 2009

Kelab Penyokong BN (PDRM) Halang Program Pemuda PAS Kedah

15 February 2009
Pemuda PAS KEDAH Dihalau Dari Rumah Sendiri

oleh Pemuda PAS Jerlun

Petang kelmarin Sabtu:14/02/2009, Keadaan di Pekan Alor Setar kelihatannya dalam suasana Sejahtera.Pemuda Pas Negeri Kedah Sejak dari semalam bertungkus-lumus bekerja membuat persiapan Program Jom Sertai Pas,berhadapan Pekan Rabu, Alor Setar.

Khemah dinaikkan, Kerusi diatur, Pembesar suara dipasang, Banner dan streamer digantung memenuhi kawasan tersebut dengan jiwa yang penuh semangat untuk melancarkan Kempen JOM SERTAI PAS peringkat Negeri kedah.

Petugas SPR pun dijemput untuk membuka kaunter pendaftaran Pemilih , yang kelihatannya mendapat sambutan oleh anak-anak muda yang bersemangat baru hendak mengundi dalam Pilihanraya.

Kelab Penyokong PAS juga membuka kaunter untuk menerima keahlian baru. Petugasnya dari Golongan India dan masyarakat cina, dengan penuh yakin, menyokong Parti Islam Semalaysia (PAS).

Kami dari Dewan Pemuda sendiri menerima lebih dari 20 pemohon yang mengisi Borang menyertai PAS Pada petang itu.Ada pemuda yang kerja berniaga, Ada juga Penjawat Awam , dan yang paling mengejutkan seorang adik Perempuan umur 17 Tahun, dengan selamba tanpa keraguan, datang mengisi Borang dan membayar yuran Keahlian RM 5.Takbir!!!

Namun dalam suasana sejahtera pada petang itu akhirnya menjadi sedikit tegang apabila UMNO menghantar Kelab Penyokongnya (PDRM) . Mereka membuat arahan supaya kami bersurai. Namun kami buat tutup telinga dengan arahan tersebut.

Kami Tuan Rumah,!!! Polis tidak berhak untuk menghalang Program ini, kerana Pihak Majlis Bandaraya Alor Setar sendiri telah membenarkan tempat itu untuk digunakan.

Nama pun Kelab penyokong UMNO , dengan arahan Pegawai yang dihantar, Pemangku OCPD Alor Setar DSP Feisal ,dengan rasa megahnya mengarahkan Anggotanya menyita semua barang-barang kami.

Mulanya mereka merentap Banner yang kami gantung dengan memotong talinya dengan kunci. Mereka menyusun kerusi-kerusi yang ada. Dan cuba untuk merampas sistem Pembesar suara yang dipasang. Depa ingat semua barang-barang itu datang percuma. Mereka tidak sedar semua itu datang dari para penderma yang menyokong PAS. maknanya wang itu dari titik peluh Rakyat, senang-senang sahaja mereka nak rampas.

Dan tindakan yang paling biadap sekali adalah sewaktu Ketua Kita. Ustaz Mussodak Ahmad (Ketua Dewan Pemuda Pas Kedah) sedang memulakan ucapan ringkas tak sampai 2 minit. Pihak Polis dengan cara KURANG AJAR menutup pembesar suara. Kami betul-betul rasa terhina dek perbuatan DSP FEISAL ini.

Sikapnya keterlaluan tanpa memperdulikan YB Dato Ir. Amiruddin Hamzah (Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang duduk bersama Ketua Pemuda Pusat YB. Salahuddin Ayob dihadapan Pentas.Bersama beberapa orang Ketua Pemuda Negeri lain yang datang Bermesyuarat di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Sri Mentaloon.

Yang menghairankan Pulak, Program hiburan maksiat yang dibuat dalam City Plaza tidak mereka ganggu. DAKAP yang katanya mengutip derma untuk Palestin. Menganjurkan Tarian Shuffle dengan dihoskan oleh Pelawak Osman Kering. Aktiviti seperti pada anggapan mereka HALAL.

Setelah genap setahun PAS memerintah Kerajaan Negeri Kedah. Hakikatnya ,Inilah Penghinaan yang kami terima. Kami dibudak-budakkan oleh mereka yang gila kuasa. Kami Pendokong Parti Islam yang sah mendaftar di sisi undang-undang dinafikan Hak dalam Perlembagaan Malaysia untuk berkempen.

Mereka boleh halang kami, Namun Jiwa kami tetap bersemangat memperjuangkan Risalah Islam yang ditinggalkan oleh Rasullullah. Kami Pejuang Gerakkan Islam. Bukannya Lanun Perompak Rakyat seperti Pemimpin UMNO. Lawan!!!! tetap lawan.

JOMM PEMUDA PEMUDI SEMUA, MAI KITA SERTAI PAS.KITA ROBOHKAN EMPAYAR LANUN NEGARA UMNO DAN BARISAN NASIONAL.

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons