Gendang gendut
tali kecapi
pak jamaluddin kenyang perut
dapat duit Free
pengundi Behrang dah naik serabut
semua pakat gigit jari
tapi pengundi jangan takut
pak jamaluddin akan kembali
tunggu dia ngan kasut
baling betul-betul kat dahi
Budak-budak bermain kotak
bermain kotak di kedai baulu
kalau nak kenal budak botak
itu dia osman jailu
perangai pun dah macam katak
suka lompat tempat tak tentu
pengundi changkat jering bukat tak dak otak
cuma tunggu dia balik dahulu
bila saja muka dia dah nampak
hambat dia dengan penyapu
sorong papan tarik papan
buat keranji dalam perahu
dato Nasa memang padan
kalau digelar kaki penipu
dekat Bota dia dah jual temberang
kata dah tak nak kat BN dulu
sampai stadium Bota penuh padang
dok sambut Dato Nasa tinggalkan UMNO
tunggu je dia pulang
orang Bota nak maki hamun
wo ai teni
wo ai teni
chan na li
chan naa li
ali ali wa ala pigi lalang
wa ala tengok lalang ngoyang-ngoyang
wa ala ingat katak bikin lobang
lupa lupa itu adun jelapang
ali ali wa ala pigi lalang
wa ala tengok lalang ngoyang
wa ala nampak itu adun jelapang
sulah pandai lompat masuk barisan
lulu alun jelapang main sembang-sembang
suma pengundi jelapang lia kasi pesan
bila wa menang wa kasi lu all senang
lupa-lupanya lia makan solang-solang
khusus untuk 4 ADUN yang tiada maruah
pak katib
http://www.pakkatib.blogspot.com
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
1 DAP 2 PKR,
Bersedialah terima segala kutukan.
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Khianat parti boleh dibayar,
Khianat rakyat dibawa mati.
Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Makan kawan saya makan,
Kena C4 saya tak mahu.
Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
ADUN baru bolehku cari,
Tapi jangan undi lagi yang hidung belang.
Pat,pat siku lipat,
Tengok lagi siapa nak lompat.
Jika ada sumur di ladang,
Bolehkah hamba menumpang mandi,
Jika ada umur yang panjang,
Boleh kita undi PR lagi.
Siakap senohong gelama ikan duri,
Sekejap sokong, sekejap jadi daging ada duri.
pat pat tanjong sepat
rakyat Perok makan kuaci
4 adun katak lompat
semua mereka memang BALAciiiiii
Jumaat, 6 Februari 2009
seloka 4 ekor katak
Jumaat, Februari 06, 2009
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
No comments
0 komentar:
Catat Ulasan