Rabu, 4 Februari 2009

Jamal : Sakit Otak?

Petang tadi saya dikunjungi oleh seorang aktivis PKR dipejabat untuk menandatangani borang sekolah anaknya.

“Tak cuti hari ini?” sapanya memulakan perbualan.

“Mana ada cuti!” jawab saya dengan tersengeh.”Tak ada kat sini depa pi talipon atau pi tuju rumah!” kata saya lagi. Memang pun tak boleh bercuti.Masa cutilah mereka ambil kesempatan nak berjumpa Ketua Kampung.

‘Apa cerita si Jamal? Dah keluar ke dari persembunyiannya?” tanya saya kepadanya sambil mempelawa dia duduk di kerusi depan meja saya.

“Entahlah!" katanya sambil duduk dikerusi itu. "Panggil sidang akhbar, tapi hantar wakil untuk bercakap.Dah tu pulak kita sendiri tak kenal siapa wakilnya tu! Buat pula di hotel lapangan terbang …..” bertalu-talu rungutan kawan itu terhadap gelagat Jamal.

Saya seronok melihatkannya marah kepada Jamal lalu saya panaskan lagi suasana dengan berkata, “ Orang kata Jamal tu sakit …."

“Sakit apa? Kalau sakit tentulah berehat kat rumah!” dia melepaskan geramnya.

“Kan dia sakit pinggang dan berubat tradisional di Pahang tu..” saya bagi bola lambung kepadanya.

“Sakit pinggang apa? Yang sakit kepala hotak dia tuh! Patut gi Tanjung Rambutan!” Huh! Kawan tu tibai betul bola tanggung yang saya umpan kepadanya tu….Saya turut tergelak melihat telatahnya.Saya lihat borang yang dibawanya untuk saya tandatangani berkeronyok digenggamannya.

“Eh! Kata nak nyain borang sekolah anak tu… “ saya cuba mententeramkannya semula.

“Oh! Eh heh!” sambil dia membentangkan borang tersebut dan menggosok-gosok dengan tapak tangannya cuba menghilangkan bekas-bekas keronyok pada kertas tersebut dengan menyimpul senyuman tersipu-sipu.

“Maaf Tok Ketua, geram sangat saya tu tadi…”

“Tak mengapa,” kata saya sambil mengambil borang tersebut dan membeleknya.

“Betul ke Jamal ni bekas posmen?” tanya saya sambil mencapai cop resmi Ketua kampung.

“Betullah tu.Dialah posmen yang gi buang surat-surat orang ramai dulu tu sebab gaduh dengan pegawai atasannya,” katanya.

“Betul ker?” tanya saya.

“Eeya….masa muda-muda dulu tu.Lepas tu, si Jamal ni berenti kerja dan buat bisnes sendiri. Dia saplai peralatan sains ke sekolah-sekolah…..”

“Malulah kita orang , Tok Ketua….masyarakat pandang serong kepada PKR sekarang ni,” kawan tu mengeluh.

“PKR kenalah bertegas dan mengambil tindakan yang wajar terhadap Jamal dan Osman,” balas saya.

“You know, nasib baiklah Jamal tidak jadi MB! Kalau tidak , tak tahu apa jadinya! Dia nak sangat jadi MB tau!” kawan tu menyambung lagi.

“Ah! Apa yang you cakap tadi tu memang betoi! Kata saya sambil nak tergelak.

“Betoi tang mana tu? “ tanya kawan saya tu sambil memandang tepat kepada saya.

“Jamal tu sakit kepala hotak dan patut gi hantar hospital bahagia Tanjung Rambutan!” jawab saya sambil ketawa.Dia pun turut ketawa.

Borang dah saya sain dan serahkan kepadanya. "Terima kasih Tok Ketua," katanya sambil menghulur tangan bersalaman

Dia kemudian menuju kearah pintu keluar dan dalam pada itu dia nampak gembira kerana dapat meluahkan isi persaan hatinya kepada saya.

"Kepala hotak jamal ni yang nak kena betoikan..." dia bersungut lagi.

“Jumpa lagi,” saya ucapkan kepadanya.

Posted by alhusseyn at 2/04/2009 04:29:00 AM

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons