Selasa, 12 Ogos 2008

BAJET 2009 BERI KELEGAAN KEPADA RAKYAT

Fokus sekarang ialah bagaimana untuk membantu rakyat supaya mereka dapat meningkatkan ekonomi dan taraf hidup mereka. Penduduk kampung yang rata-rata bergantung kepada ekonomi pertanian perlu ditingkatkan teknologinya supaya mereka mendapat hasil yang tinggi.

OLEH: AMELIA HASHIM

ALOR SETAR, 5 Ogos 2008: Bajet tahun 2009 yang akan dibentang pada bulan November nanti memberi kelegaan kepada seluruh rakyat negeri Kedah. Ini berbanding bajet tahun 2008 yang terpaksa dikaji semula kerana langkah kerajaan baru, mahu mengamalkan sikap berbelanja secara berhemah. Ekoran itu beberapa langkah telah diambil seperti membekukan 30 peratus projek pembangunan.

Menteri Besar Kedah YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata demikian kepada media selepas merasmikan penutupan Seminar Pemantapan Budaya Intergeriti Sektor Politik untuk Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen (AP) Negeri Kedah Darul Aman, di sini.

Sehubungan itu pelabur asing tidak merasa bimbang untuk melabur di Kedah terutama di Kawasan Perindustrian Teknologi Tinggi Kulim yang menyediakan prasarana yang cukup. Kerajaan Negeri akan mendapat keuntungan daripada pelabur luar tetapi mengambil masa dua atau tiga tahun.

Katanya, fokus sekarang ialah bagaimana untuk membantu rakyat supaya mereka dapat meningkatkan ekonomi dan taraf hidup mereka. Penduduk kampung yang rata-rata bergantung kepada ekonomi pertanian perlu ditingkatkan teknologinya supaya mereka mendapat hasil yang tinggi.

"Kerajaan akan memikirkan cara untuk meningkatkan hasil pertanian dan bagaimana cara membantu mereka memasarkan hasil pertanian hingga ke peringkat antarabangsa," katanya.

Menyentuh mengenai seminar itu beliau berkata, Adun-Adun dan AP negeri Kedah perlu didedahkan dengan disiplin bagaimana untuk membina imej baru dalam pentadbiran dan sebagai ahli politik akan menjadi masalah sekiranya tidak ada intergeiri. Ini bagi mengatasi pandangan serong pihak-pihak tertentu yang menganggap mereka tidak ada kuasa walaupun telah menjadi wakil rakyat..

Beliau mengakui adanya keresahan di kalangan ADUN mengenai kekurangan peruntukan untuk menjalan program. Tetapi perlu diingat kerajaan baru mengambil alih pemerintahan pada pertengahan tahun ini. Ketika itu belanjawan sudah dilulus. Walau bagaimanapun semua projek yang telah berjalan tetap diteruskan.

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons