Selasa, 12 Ogos 2008

PULUHAN JUTA BERJAYA DISELAMATKAN- YAB MB KEDAH

Oleh Izwan Abdul Halim

ALOR STAR- Pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah berjaya menjimatkan puluhan juta ringgit hasil daripada polisi yang diperkenalkan berikutan kenaikan harga minyak pertengahan Jun lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Ustaz Haji Azizan Abdul Razak pada sidang media selepas menyampaikan ucapan pada Kursus Pemantapan Integriti Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen Kedah anjuran bersama Institut Integriti Malaysia (INM) dan Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Kedah (INSPIN) di Wisma Darul Aman.

Kita perkenalkan polisi belanja berhemah dan menghentikan semua perbelanjaan pembangunan, misalnya arahan dikeluarkan agar semua agensi kerajaan mengurangkan perbelanjaan sebanyak 30% peruntukan untuk pembangunan," jelas beliau.

Beliau berkata demikian berikutan keresahan yang timbul di kalangan ADUN semasa kursus tersebut mengenai kekurangan peruntukan.

Menurutnya, hal itu berlaku kerana kerajaan yang baru, mengambil alih pemerintahan pada pertengahan tahun belanjawan. Sedangkan belanjawan sebelumnya telah diluluskan bulan November lalu.

"Kita (ketika itu) berada di pertengahan jalan. Jadi kekurangan ini akan di atasi," maklumnya.

Pada bulan November akan datang, menurut Ustaz Azizan, belanjawan baru akan dibentangkan, oleh itu keadaan akan menjadi normal semula.

Mengulas mengenai kursus yang diadakan itu, beliau menerangkan ianya bertujuan memberi satu imej baru kepada pentadbiran dan ahli politik yang sebelum ini dilihat tidak mempunyai integriti dan dipandang serong. Sedangkan menurutnya, jawatan politik adalah jawatan yang suci dan mulia.

Jelasnya, perkara itu berlaku kerana orang melihat dalam politik telah berlaku penyelewengan kuasa, rasuah dan sebagainya.

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons