Berita ini dipetik dari Berita Harian Oleh Wadiasoffi Jaafar
ALOR STAR - Kerajaan Kedah akan memperkenalkan peraturan khusus berhubung imej wanita Islam bertudung pada papan tanda iklan, sama seperti yang dilaksanakan di Negeri Kelantan Darul Naim.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB. Dato' Haji Mohamed Taulan Mat Rasul berkata, jika peraturan itu diluluskan, semua agensi pengiklanan di Kedah perlu mematuhinya termasuk larangan mempamerkan model wanita Islam tidak bertudung atau tidak bersopan.
"Langkah itu bertujuan menjaga imej dan maruah wanita selain memastikan papan tanda iklan di negeri ini bebas daripada imej berunsur negatif," katanya.
Menurutnya, kerajaan negeri sudah melaksanakannya secara berperingkat dan sebagai permulaan papan tanda iklan sebuah jenama produk minuman terkemuka sudah mematuhinya dengan memaparkan imej model wanita bertudung.
"Secara dasarnya, kita mengambil pendekatan yang sama dengan Kerajaan Kelantan yang sudah melaksanakannya sejak beberapa tahun yang lalu," jelasnya.
YB. Dato' Haji Mohamed Taulan Mat Rasul menjelaskan bahawa imej wanita seksi yang dipaparkan menerusi papan tanda iklan tidak memberi sebarang manfaat kepada produk yang ingin ditonjolkan, sebaliknya hanya menambahkan kecacatan pemandangan.
Ujarnya, kerajaan negeri juga merancang untuk mewujudkan papan tanda bertulis zikir tertentu di sepanjang laluan masuk ke negara ini mulai tahun 2009.
Selasa, 12 Ogos 2008
Papan iklan: Peraturan khusus akan dikeluarkan
Selasa, Ogos 12, 2008
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
No comments
0 komentar:
Catat Ulasan