Sabtu, 19 April 2008

Umno sedang cari isu alih perhatian masalah dalaman parti, kata Nasharuddin


Umno sedang tercari-cari isu besar bagi mengalih perhatian rakyat terhadap masalah dalaman parti itu selepas pasca pilihan raya umum 8 March lalu, kata Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasruddin Mat Isa.
Dalam pilihan raya umum lalu, Umno kehilangan kuasa di Kedah, Perak dan Selangor, manakala Gerakan kehilangan negeri Pulau Pinang di samping gagal merampas Kelantan yang terus dikuasai PAS.
Menurut Ustaz Nasruddin, itulah sebabnya media arus perdana sama ada media cetak mahu eletronik (TV) menumpukan serangan terhadap negeri-negeri yang dikuasa Pakatan Rakyat seperti Selangor, Perak dan Kedah.
Katanya media?media terbabit akan terus mencipta isu bagi memberi gambaran buruk negeri-negeri berkenaan contohnya dalam isu babi di Selangor yang dimain media dengan sebegitu rupa.
PAS, katanya perlu mempunyai kekuatan sendiri dengan mimiliki organisasi yang kuat, menambah bilangan ahli, meningkatkan jentera penerangan dan tarbiah bagi menghadapi cabaran semasa.
PAS tidak boleh bergantung kepada kelemahan musuh tetapi mesti mempunyai kekuatan sendiri.
"Mengurus kemenangan jauh lebih sukar daripada mendapatkan kemenangan, harapan rakyat kepada PAS sangat tinggi," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agong cawangan dalam kawasan parlimen Temerloh.
Dalam majlis dialog selepas itu Ustaz Nasruddin ditanya mengapa PAS hanya meletakkan hanya 62 orang calon dalam pilihan raya lalu seolah-olah PAS tidak mahu memerintah.
Ustaz Nasruddin menjawab secara berkias, katanya PAS adalah parti yang tahu mengukur 'baju di badan sendiri' dan keputusan bertandding 62 kerusi itu dibuat PAS selepas mengambil kira semua aspek kekuatan dan kelemahan PAS pada waktu itu. Katanya, bagaimanapun PAS mempunyai pengaruh dan kekuatan tersendiri di seluruh negara yang diketahui kawan dan lawan hatta di Sabah sekalipun, PAS mempunyai jentera parti kuat di negeri itu khususnya di Tawau.

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons