Sabtu, 19 April 2008

NGO Berperanan Sebagai 'Check & Balance"

Alor Star: 18 April NGO atau badan bukan kerajaan perlu memainkan peranan bagi membantu check and balance dalam memastikan kelancaran pentadbiran sesebuah negeri dan negara. "Dalam melaksanakan sesuatu agenda atau program NGO amat diperlukan bagi membantu mengisi ruang kosong yang gagal dipenuhi oleh kerajaan dan agensi-agensi tertentu". YB Dr Ismail Salleh, Exco Perubatan, NGO, Penerangan dan Pembangunan Insan berkata demikian dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agong MAYC Veteran Kedah di sini.Beliau memberi contoh NGO terkenal seperti Green Peace yang memberi komitmen yang amat berkesan dalam memelihara alam sekitar dan mencegah pencemaran yang amat mengancam penduduk dunia. Dan peranan mereka diteruskan sehingga menubuhkan parti politik yang bertanding dan memenangi beberapa kerusi dalam pilihanraya di beberapa negara Eropah.Lebih 2000 NGO di Malaysia menurutnya perlu lebih fokus kepada skop tertentu supaya fungsi mereka dapat dipertingkat dalam mendepani isu-isu bersangkut paut dengan masalah belia dan remaja yang amat mendesak sekarang ini."Tuntutan pembangunan yang membawa kepada keruntuhan akhlak dan moral perlu diberi perhatian kerana pembangunan seharusnya seimbang dengan menitik beratkan juga pembangunan insan"Kerajaan Negeri akan mengadakan Seminar NGO pada 8 Mei akan datang yang melibatkan TERAS, Wehdah dan beberapa Agensi Kerajaan, antara lain bagi menjalin kerjasama yang berkesan ke arah Kedah Sejahtera.

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons