Rabu, 3 September 2008

MN Kedah Ziarah Mendiang Penyokong Kuat PAS di Yan

Oleh Izwan Abdul Halim

YAN: Disebalik kesibukan tugas hariannya, Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak tetap meluangkan masa bersama isteri beliau, To' Puan Faikah Sheikh Hamzah menziarahi mendiang Tai Yeak Heok, 79 di Kampung Sungai Daun Dalam di sini, 25 Ogos lalu.


Ustaz Azizan menziarahi mendiang sejurus selesai menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Aman dan Majlis Penganugerahan Pingat kepada pemain dan pegawai pasukan bola sepak negeri Kedah di Istana Anak Bukit.

Tai yang meninggal dunia kerana sakit tua merupakan penyokong kuat PAS di Parlimen Jerai.

Hadir mengiringi beliau ialah Pegawai Khas Kanan Menteri Besar, Roslizan zakaria, Pegawai Khas kawasan, Muzaini Azizan, Wakil Pegawai Daerah Yan, Zafir Anuar, Ahli Majlis Daerah Yan, Che Me Ahmad dan Ustaz Mohammad Ismail serta Penghulu Mukim Sala.

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons